si cantik n si ensem saya ^-^

boleh like nuru kat sini tuing3 ^-^

ini nuru!!! heeee ^-^

Friday 30 September 2011

14 golongan yang dilaknat ALLAH

assalamualaikum semua...entry untuk perkongsian bersama...err islamik cikit ni ye untuk santapan rohani di hari jumaat yang mulia nih hehehehe =)


  1. golongan yang tidak percaya pada Al-Quran
  2. orang orang yang ingkar terhadap kebenaran hukum Al-Quran atau menolak dan tidak bersetuju dengan hukum berkenaan
  3. golongan yang menyembunyikan Al-Quran seperti yang di lakukan oleh ahli ahli kitab dari kalangan yahudi dan nasrani
  4. golongan yang memeluk islam namun mereka tidak yakin tentang islam
  5. mengelirukan makna makna perkataan dalam agama
  6. melanggar larangan Allah
  7. mengambil sebahagian ajaran Al-Quran
  8. munafik
  9. membunuh orang beriman atau mukmin
  10. berdusta terhadap Allah SWT
  11. menuduh wanita mukminah melakukan zina
  12. merosakkan perjanjian dan membuat kerosakan di bumi
  13. zalim
  14. tidak mengambil iktibar dari Al-Quran

ok dah..selamat beramal hehehe =)


p/s: kata Imam Ghazali, manusia yang sentiasa bimbang akan neraka Allah, dia akan terkawal dan dikawal


                                             

Thursday 29 September 2011

ucapan terakhir untuk My Encik Bintang =')

my encik bintang..
sejak pertama kali kita bertemu, aku sudah cintakan kamu...
sejak kita tersenyum dan ketawa bersama, aku cintakan kamu...
sejak kamu memegang erat tangan aku, aku cintakan kamu...
sejak kamu menyentuh lembut seraut wajah ku, aku cintakan kamu...
sejak kamu memeluk erat tubuhku, aku cintakan kamu...
dan sekarang aku sendiri lupa, sejak bila aku jatuh cinta pada kamu...
tapi aku boleh katakan aku hanya cintakan kamu saja...
memang kamu bukan yang pertama dalam hidup aku...
tapi aku boleh jadikan kamu yang terakhir dalam hidup aku... =')



my encik bintang..
jaga diri leklok, kali nih kita benar benar terpisah, moga berhidup dengan baik, aku pasti akan rindukan kamu =')


p/s: ouchhh...tacingnyewww rasaaaaa hukhukhuk ok dah, kang banjir lak ='(


                                              

mandi ais jagung di malam hari lahir..thanks MEB =')

assalamualaikum semua...ok first aku nak wish kat diri sendiri dulu boley? haha HAPPY BESDAY NURU!!! hikhikhik 

ni aku belanje korang...ok la kan belanje tengok kek je hihihihi =P


entry nih aku update pas je aku kena mandi dengan ais jagung...pas kena simbah tu terus ngadap laptop sebab nak update entry nih...err korang caya tak? hahhahahha memang la aku bawak je laptop aku nih kemana mana kannn? rajinnya aku hahahha..

ok ceritanya memang aku tak sangka nak kena simbah dengan ais jagung yang sedapp sangat tu...lepak lepak kat karnival dengan member member aku sekali dengan My Encik Bintang (MEB)..makan makan..sembang sembang...gelak gelak...then aku pon ase cam pelik jugak..sebab semua tetibe pegang henset..muka sume memang bajet siyes nak mampus macam mesej dengan ketua kampung je gayanya..tapi aku buat tak tau je la...malas nak syak ape ape kononnya la..padahal aku macam dah cuak dah...so aku pon cepat cepat la ajak diaorang nih balik..

aku pon laju jalan menonong ke depan sambil balas mesej mesej besday kat henset...tetibe laju je air sejuk mengalir atas kepala aku berperisa jagung uwaaaa...aku di mandikan oleh MEB dengan ais jagung..satu baldi kot..menggeletar satu badan dah macam orang parkinson..tapi aku teruk cikit la dari orang parkinson huahuahuahua...

ok!!!! aku suke semua tu...eh? hahahaha...MEB sangat comel masa jirus ais jagung sekali dengan wish besday aku tu...huaaaa terkaku seketika huhuhu mekaseh ye kamoo, kena jirus dengan air ape pun tak kisah la kalo kamoo yang jiruskan errr...betul ke? hahahhaa=P 

tu lah kenangan sambut besday yang terakhir di bumi UUM nih dan jugak bersama kengkawan yang aku sayangi juga insan yang selalu di hati..mungkin pasnih kita semua akan terpisah..hope korang sume tak lupe kisah kenangan kita selama berada di bumi UUM nih =) sayang kamoo semua sangat sangat!!!



p/s: photoshoot with MEB sok..huaaa tak tido malam lah hakahakahak =P



                                         

Tuesday 27 September 2011

insafnya seorang hamba ALLAH---walaupun malu tetap meminta syurga =)

entah mengapa malam itu lapang sekali, tiada kesibukan, kurang pergerakan, semua tetamu seakan berteleku kaku dalam zikir dan fikir. seketika bunyi dengus nafas dihela perlahan bersama rintihan. ade suara esakan tangis namun perlahan cuma. bunyi rintihan yang tertahan bersama alunan bacaan Al-Quran bagai melodi yang sungguh mengasyikkan.

aku masuk ke dalam taman itu bagai samudera yang pasrah. ku bawa hati ku yang rawan, fikiran yang kelelahan dan nafsu yang masih liar. aku tidak mahu dan tidak mampu berpura pura lagi. inilah diriku wahai Illahi. tidak punya kesucian, tidak memiliki keindahan yang dapat aku persembahkan. inilah diriku yang penuh cela dan noda. tanpa dapat berselindung. KAU maha tahu segalanya.

mengapa takdirnya aku ke sini? ke daerah suci di bawah bayu syurga. dingin, nyaman, dan tenang. istirehat seketika di jalan mujahadah ku yang derita. bukan kerana kebaikan ku, tapi kerana kasih sayang MU yang membawa aku ke sini. kau izinkan kaki dan hati yang berdosa ini singgah seketika bagi menatap jalur jalur cahaya dalam relung diri yang gelap gelita. benar kata MU seperti yang ku dengar dulu, keampunan MU mendahului murka MU.

ku cecahkan dahi di hamparan hijau itu. seakan ku tuang segala kabut dan serabut fikrah yang kusut. ku nafikan licik dan strategik segala yang pernah berdetik di minda ini. fikrah inilah yang mencipta dosa demi dosa. sesah akal ini ya ALLAH, palu akal ini ya RAHMAN dengan belantan inzar dan tazkirah MU. TUHAN kembalikan lah biduk akal ku ke pangkuan takdir MU. fikrah sudah letih belayar tanpa arah.

sujud dan rukuk aku di sana menelanjangi segala aib dan dosa. tanpa aku mengadu, KAU pun tahu. namun itulah wadah tanda aku menyerah. aku hamba ALLAH, aku pasrah, aku kalah. cinta ku sekelumit cuma, hampir tiada. saat ini aku hanya berbekal harapan. benteng terakhir ku hanya rasa tidak berputus asa. kata kekasih kekasih MU selalu memujuk ku "kejahatan yang menyebabkan engkau menangis lebih baik baik daripada kebaikan yang menimbulkan rasa takbur"

dalam rasa malu, takut dan harap, masih aku memberanikan diri untuk meminta lagi. lalu di malam itu di raudah itu, ku catatkan gugusan permintaan satu demi satu melalui puisi hati. ku biarkan pena menari, mencari makna dan kata hanya berpandukan makna dan rasa. malam itu walaupun malu, aku tetap meminta syurga. pendahulu bicara hanya ini :-

Ya Latif,
berikan aku hati yang lain
yakni hati yang lebih yakin
hati yang lunak...agar mampu mencintai MU

malam itu adalah malam yang paling panjang dalam sejarah hidup ku. dapat ku luahkan segala dan semua. seakan tercabut tulang yang mengait dalam sanubari sekian lama. namun tiba juga saat berpisah, aku terpaksa melangkah. pamitan pun berlaku dan gamitan pun berlalu. sayu benar terasa ketika hati ku terus merayu :-

aku dambakan kebaikan
yang melahirkan kebaikan
aku pohon ketenangan
yang memberikan ketenangan

pinggirkan segala sengketa
hamparkan semua cinta
tanpa dendam tanpa prasangka

jika benar yang kau ajukan permintaan di raudah itu...hanyalah ALLAH...


gambar curik kat abang gugel huhuhuhu


p/s: Allah memberi sakit untuk menghapuskan dosa dosa kecil =') 


                                             

WANITA!!! JANGAN UBAH CIPTAAN ALLAH

assalamualaikum semua sayangku hikhikhik =)

Dua hari tak update, bukan merajuk bukan kecewa tapi aku mengalami sakit yang sangat sakit lah huhuhu...maybe food posioning huk3 =( dua hari lemah longlai..hari nih baru ok..kalo tak k.o memanjang...so untuk hari nih aku nak update entry sal wanita zaman sekarang..here we goooo...baca baca!!

peringatan: baca sampai abis tau!!

Rasulullah penah menceritakan bahawa Baginda sangat sedih ketika peristiwa israk mikraj, Baginda telah melihat pelbagai seksaan kepada kaum wanita yang mendapat laknat dari Allah SWT..juga Baginda melihat ramai wanita yang menjadi penghuni neraka.

Rasulullah SAW bersabda: "Allah melaknat perempuan yang membuat tatu dan yang meminta dibuat tatu, yang mencukur alis, yang menjarangkan gigi untuk kecantikan, yang mengubah ciptaan Allah SWT"

hah kau,,tatu satu badan..kelas kau jahhhh...

membuat tatu ialah membuat tanda atau lukisan pada mana mana anggota tubuh secara kekal. ia dibuat dengan menggunakan warna warna tertentu dengan menusuk nusuk jarum pada anggota badan. perbuatan ini adalah HARAM dan DILAKNAT ALLAH.

berdasarkan hadis Rasulullah yang lain " memberi laknat kepada perempuan yang menyambung dan meminta disambung rambutnya, perempuan yang membuat tatu, yang mengasah gigi dan yang meminta diasahkan gigi"

dah gigi kau cantik..tak yah nak pakai braces la kan? lalalalallaa

perbuatan pengasah gigi atau menjarangkan gigi adalah dilarang di dalam islam kerana ia mengandungi unsur unsur penipuan dan berlebihan dalam menghias diri. bagaimanapun terdapat pengubahan yang boleh dilakukan  seperti memperbaiki gigi yang rosak, sumbing dan sebagainya dengan alasan perubatan dan pemulihan.

amalan mencukur alis mata, mencabut atau menghilangkan dengan apa cara sekalipun adalah HARAM dan termasuk dalam perkara yang dilaknat oleh Allah SWT kerana termasuk dalam perbuatan mengubah ciptaan Allah.

amik kau, hilang terus kau punya kening miahahahhaa =P

pada zaman ini terdapat segelintir orang yang menggunakan botox untuk kecantikan. botox itu merupakan cabang mengubah ciptaan Allah SWT. bagi umat islam di malaysia, larangan penggunaan botox cukup jelas apabila majlis fatwa kebangsaan memutuskan suntikan botox bagi tujuan kosmetik adalah HARAM kerana didapati mengandungi bahan yang meragukan dan bersifat najis.

mengikut pengumuman majlis fatwa, suntikan botox hanya dibenarkan untuk tujuan perubatan dengan syarat penggunaannya dikategorikan dalam keadaan darurat dan berdasarkan keperluan serta dilakukan oleh pakar yang bertauliah. umat islam dinasihatkan untuk menghentikan pengambilan botox dan wajib bertaubat kerana ia bertentangan dengan agama.   

olololo...ciannya pas suntik botox besau kau bibir dia hikhikhik =P
                                  


p/s: semuanya kena alasan untuk perubatan..pasnih memang sume kasi alasan sebab perubatan la kan..cehhh tapi..Allah mengetahui segalanya niat di hati walaupun sebesar kuman huhuhu beware!!



                                            

Saturday 24 September 2011

bila lelaki tengok BOLA!!!!!

assalamualaikum semua...entry nih aku nak share dengan korang pandangan aku bila lelaki tengok bola...haishh naik stress aku ngeee ^^'

tadi kuar dinner dengan member aku..dijadikan cerita kat cafe tu pasang channel ESPN man city vs err..ape erk aku lupa la hahaha...member aku nih bukan main lagi seronok nak tengok bola nih..adeiii aku dah stress dah..aku bukan minat sangat bola nih....tapi aku layan jugak la dah member minat kan..cehhh sangat baik aku nih menjaga hati kawan kikikiki

sepanjang dok tengok bola tu..banyak jugak la aku perhatikan bila lelaki tengok bola macam macam gaya ade..antara yang aku dapat tengok melalui member aku nih..BILA LELAKI TENGOK BOLA :-

  • orang dok sebelah memang kompem dia tak layan dah
  • cakap ape pon tak fokus langsung
  • tanye lain jawab lain grrr~~
  • excited berlebihan
  • bila gol mau bergegar satu alam..adoyaiii malu aku -.-"
  • makanan depan mata pon lambat je nak masuk mulut..sumbat bola baru tahu hahaha
  • kalo tak gol or pemain buat silap, mulotnya mengata mengalahkan mulot pompuan
  • tak nak balik selagi tak abis..cafe dah nak tutop pon taknak balik ag adeiii pengsan ^^'
  • last..memang nak makan penampo arab miahahahaha                                                

ha..tu lah serba sedikit pemerhatian yang berjaya aku buat malam nih..lain kali kena pegi cafe yang takde tv..baru aman dunia aku..hahahaha...agak agaknya entry aku nih kena serbu tak dengan lelaki lelaki gila bola nih? mahu kena cepuk aku satgi..selamat kan diri la dulu..larikkkkkk!!! entry tamat =P


gambar rompak kat abang gugel hehehehe



p/s: MEB minat bola..err camne nih? untuk MEB ape ape pon tak pe..cehhh ayat gedik giler miahahaha ^^,Y



                                             

sweet sabtu---->hati ini memilih kamoo ^-^

assalamualaikum..ouchhh rasa cam lame dah tak buat sweet sabtu nih...so hari nih aku nak buat la..sapekah yang menjadi pilihan hati ini? jeng jeng jeng...hahaha...

sebab name pon sweet sabtu, so orang yang dipilih haruslah sweet jugak..yang tak sweet memang tak dipilih la hahahhaa...untuk sweet sabtu kali nih aku memilih blogger hebat nih fatin liyana...ha sape yang tak kenal dengan beliau yang sangat comel nih..sume kenal ye...sampai aku pon rasa comel cam dia..hahhahaha 

penulisan beliau dalam belog sangat cool..memang best la kalo baca belog beliau, walaupun beliau jarang jarang update disebabkan kesibukan beliau...tapi tak jemu melawat belog beliau hehehe


header beliau yang sangat cute hihihi

orangnya lagilah cute hehehe

dulu masa belom kenal..aku tertanya gak sape lah pompuan nih..artis ke..tapi tak penah tengok belakon ke menyanyi ke...bila semakin masuk dalam arena belog nih..ohh barulah aku kenal..blogger rupenya pompuan nih...hahahaha..and now suke sangat kat dia..sebab dia sangat cool..hehehe..teruskan usaha dalam membelog kan diri ye cik fatin liyana huhuhu entry tamat ok baii =)


p/s: sesuatu yang indah ciptaan Allah..gunakan lah dengan sebaiknya =)


                                           

opis jabatan aku pon nak raya jugak kau -.-"

salam...ok ni mungkin entry aku last cite pasal raya..huhu entah entah nanti ade lagi hahaha..aku rase takde dah kot..sebab nih open house last aku join sebelom syawal berakhir...jamuan raya nih jabatan aku yang buat..so aku pon di wajibkan datang untuk memenuhkan perut..memang penuh pon..tak larat aku nak makan...tapi yang bestnya, haruslah aku makan sate banyakkkkk hahaha...siap boleh tapaukan untuk MEB and adik aku lagi..memang banyak la sate tp yang makannya sikit je hahaha...

majlis nih sangat happening..aku suka gilak..snap pic banyak banyak..al maklom la..aku lagi seminggu je praktikal..pastu say babai jela nanti..sedeh  lak aku tetibe huhuhu review gambar----->

antara gadis gadis yang sopan sotong pada hari tersebut...ouchhh kelas kau jahh hahaha

dengan ex-bos..comel tak saya? huahuahuahua=P

aku rasa cam sopan sangat aku time nih hahaha

berebot makanan kah?

cik rumet..peace ^-^

ni ape masalah nih? berebut makanan jugak ke nih? miahahaha

awek awek opis aku yang hottt fm hahaha

suasana luar rumah a.k.a tempat hidangan..


overall..majlis nih berjalan lancar walaupon hujan renyai renyai time nih...aku tak kisah dah hujan ke ribut ke..sebab dok dalam rumah..so takpe lah..lain la kalo makan luar rumah..mau telan air hujan je gamaknya hahaha..kenangan terakhir sebelom abis praktikal..haishhh kerana kenangan itu indah, susahnya nak lupe huuuu entry tamat dengan tibe tibe..aku sedeh!! ok baii 


p/s: bukan mudah melupakan setiap yang berlaku dalam hidup =')



                                                 

Friday 23 September 2011

ubat jiwa paling mujarab

assalamualaikum..selamat hari jumaat, penghulu segala hari..oleh kerana hari nih hari jumaat, dan bukan hari sabtu aku nak kongsi dengan korang satu ubat penenang jiwa..eh aku nih bukan nak jual ubat ke jamu ke atau yang seangkatan dengannya..tapi aku nih nak gtau korang ubat untuk tenangkan jiwa korang..mane la tahu kot kot korang nih ade sakit jiwa ke..ha ni lah ubat aku nak bagitau korang hehehehe

ubat nih senang je nak jumpa kalo kita mahu dan berkehendak untuk mencarinya..sebab senang je nak jumpa..kat mane mane pon ade...ape kah ubatnya? jeng jeng jeng...cehhh bajet scary je miahahahha...

haaa ni lah ubatnya..hehehe klik utk besarkan gambar ye huhu


ubat jiwa, zikir harian seribu kali sehari...mempunyai banyak faedah antaranya :-

  • roh senang keluar apabila sakaratulmaut
  • wajah bercahaya sesudah mati
  • azab kubur di ringankan

ha..korang semua silalah amalkan ubat jiwa nih ye...tak payah nak beli ubat mahal mahal untuk ubat sakit jiwa korang..dengan zikir harian nih free je insyaAllah mujarab huhuhuhu selamat beramal..=)

p/s: berkongsi sesuatu yang baik akan diberi ganjaran yang baik =)


                                              

kisah raya nuru 11 = tradisi keluarga huhuhuhu ^^,Y

assalamualaikum semua =)..ok cop, sekarang bulan syawal ag kan? so, tak lewat ag la kalo aku nak post entry pasal raya kan? hahaha ok untuk pengetahuan korang nih entry terakhir aku, eh silap..entry terakhir aku untuk kisah raya nuru...ni episod akhir..di mana tajuk yang aku rasa sesuai dah aku letakkan sebagai tajuk..so, korang reti bacakan? ha baca sendirik hahaha =P

tradisi family aku tiap kali raya memang tak leh dipisahkan dah..tradisi ni tercetus pon disebabkan aku yang sangat bersemangat mentradisikan tradisi nih..eh kau faham tak ayat aku? hahaha...tradisi yang aku maksudkan nih ialah tiap kali raya kami akan makan KFC beramai ramai samada raya pertama, kedua atau ketiga atau seterusnya pasti akan makan KFC..sebab aku memang ratu KFC..kalo gemok sebab KFC pon aku tak kisah errr....hehehe...

semua orang dalam umah tu akan kuarkan duit untuk beli KFC, kiranya semua ahli keluarga kena kuarkan dana la..selalunya sorang RM10 la..yang tukang collect duit nya, haruslah aku...semua kena sumbangkan dana dan aku secara tak tahu malunya mewajibkan semua untuk bagi RM10..kalo ade yang nak bagi lebeh pon tak pe hahaha..opah aku pon bagi jugak tau...kelasss kau hahaha...pas settle sesi mengcollect duit, sesi membeli KFC la plak..family bucket satuuuu hahaha

setiap orang akan dapat dua ketul ayam..memang akan beli cukup cukup je..tak beli lebeh sebab nanti aku la yang makan lebeh tu hahahaha...berlaku ketidak adilan di situ ye..ohh sangat tidak baik ye kalo bulan bulan baik buat camtu hahaha...tapi selalunya mak sedara aku tak abis kan ayam KFC tu, aku la yang abis kan miahahahahha =P

ni duet yang berjaya di kutip..kitaorang dapat RM110 huhuhuhu

kau tengok betapa sesaknya KFC..aku pelik la..time aku nak makan KFC sume nak makan KFC..eh? hehe

dalam kesesakan ramai orang tu, aku sempat gak snap pic supervisor dia  nih..ensem kau hahahaha

maksu aku yang stress beratur hahahaha

kitaorang amik hidangan keluarga yang 21 ketul and plus 5 ketul lagi...then tambah lagi menu2 yang lain..banyak kau jahhh hahaha

taraaaa...ni dia hidangan makan malam..


aku yang sangat poyo muahahahhaa muka bangga dapat makan KFC

sepupu aku yang sakit kat sebelah ni pon sebok gak nak posing dengan KFC..dia orang pertama makan..cehhh lagi cepat dari aku haha


hummmm...tu lah kisah tradisi keluarga aku yang tak bape nak tradisi hahaha...kau ade?ahakz...pas makan tu sume tido, aku tak tido la sebab aku pegi bersenam dulu miahahaha...takot gak gemok walaupun aku rela demi KFC...huuuu k lah selamat menjamu mata..baiii =)


p/s: korang suke makan ape? hehehe


Thursday 22 September 2011

belog dah sihat dari sakit jiwa heee

assalamualaikum semua...hehehe setelah aku mendiam kan diri untuk beberapa dekad nih cehh macam lame sangat la kann..aku tak terjah belog korang semua..tak melibatkan diri secara aktif di laman sosial pesbuk dan seangkatan dengannya..aku telah mendekatkan diri dengan merawat belog aku nih..hahaha..belog aku sakit jiwa beberapa hari lalu..sekarang dah pulih cikit..naseb baik aku tak sakit jiwa sekali hahahaha

katanya kau, hanya orang sakit jiwa yang kebal hukum..err hehe

kau ingat senang nak merawat belog nih? adeiii mau tetibe sakit jiwa jugak aku beberapa saat...nak kena belajar tutorial belog semua..baru lah dapat merawat belog aku nih..walaupon tak secantik belog korang, tapi aku rasa sangat cantik di mata aku hahaha kau ade? =P

pasni akan dipertingkatkan lagi lah kecomelan belog aku nih..kepada yang nak mitak aku rawat belog korang tu..aku cadangkan korang rawat sendirik!!! sebab aku tak pandai boley terima alasan aku?? miahahahahha =P

so, lepas nih aku akan berusaha untuk memerah idea plak...mahu buat entry gempak gempak lak macam entry korang yang bajet gempak sangat tu hahahhaha ok aku jeles sebenarnya -.-" huk huk huk.. aku sangat sangat la kekeringan idea sekarang nih...tak tahu nak tulis entry ape...uwaaaa...life aku macam tak membantu je untuk mempertingkatkan idea aku nih sob sob sob ='( 

korang ade banyak idea bak aku sikit..sharing kan is caring orang cakap..bukan aku cakap ye hahaha k lah aku nak pegi cari idea jap..entah mane aku tinggal entah...kalo curik idea korang boley tak ae? hahaha ok entry tamat..babai =)


p/s: korang jangan kutok belog aku ae...sebab nih hasil tangan orang HR bukan orang seni or orang IT huhuhuhuhu


                                       

Tuesday 20 September 2011

sedang sibuk..harap maklum =)



belog dalam penyelenggaraan...sekian terima kaseh......




Monday 19 September 2011

wordless monday ^-^

assalamualaikum semua...wordless monday hari ni ialah...



p/s: ini namenya semangat bekerja membajak lalang..dengan jalan raya sekali dibajaknya hua3 



Sunday 18 September 2011

"bloglist-gangster masuk u!"



salam ebelibadi...hari nih aku telah di jempot oleh tuan empunya belog yang anjur kan segmen nih untuk join bloglist dia..eh, kau jempot aku kan? hahahahha tuan empunya segmen ape pon bolehh...so, kalo korang pon nak join leh klik kat sini secara berjemaah...dah klik tu bacalah syarat syaratnya dengan sendiri dan dengan jayanya...sebab aku malas nak copy paste ayat dia...bagi korang berdikari sikit muahahahha =P

tapi kan aku nak protes cikit kat tuan punya belog..asal logo UUM takde? arghhh aku marah nih..grrrrr buat lain banner tu miahahahhaha....ok aku cube untuk marah nih hahaha =P

takde ape dah..ok tamat..jeng jeng jeng!!!!!

p/s: tengah sibok menggodek belog pon sempat lagi join segmen kikikikikiki =P

Saturday 17 September 2011

"Jom Sertai Bloglist Wanblur"


assalamualaikum...ok korang nampak banner kat atas? gambaq singa yang ala ala bajet garang sangat tu muahahaha...aku dah lame tak join bloglist nih..ni rase nak join plak..so korang sila join jugak dengan menekan button ini...sume syarat ade kat situ korang boley baca sendiri..sebab aku malas nak tulis, boley? haha...

kategori yang aku nak pilih, haruslah kategori kami comel, sebab tu hakikatnya miahahahaha =P

orang yang aku tersangat nak tag zuneta and fezul fadhley 

ok dah..sweet n simple..boley tak cam gini ae encik wanblur? hahahhaa ok bai=P

p/s: kepada yang di tag sila join dengan kadar segera..kalo tak aku pon tahu lah hahaha ^^'

kisah raya nuru 10 = di pagi hari raya :)

salam semua hihihi..masih dalam mood raya? aku still lagi dalam mood raya sebab esok dengan hari sabtu nih ade open house lagi huhuhu best betol la kalo hari hari ada open house, dapat makan free selalu tak ke save bajet tu hik hik hik...nak kena penampo arab la kan kalo nak buat open house hari hari..huuuu

ok la untuk entri kisah raya nih aku nak cite sal kisah di pagi raya...seperti manusia biase mahu pun golongan VVIP di pagi raya haruslah kita semua pegi semayang rayakan? tapi sebelom pegi semayang raya kita disunatkan makan dulu sebelom pegi semayang sebab ni raya aidilfitri, kalo raya aidiladha kena pegi semayang dulu baru boleh makan..macam tu lah mama aku cakap hehehe...

so, dijadikan cerita aku melantak la nasi impit dulu pagi tu..gosok gosok gigi terus pelahap nasi impit kuah kacang boley gitu? hahaha dah settle makan tu aku ingat nak makan lagi tapi mama dah jerit..

*nuru...cepat mandiiii dah pukul berapa nih nak pegi semayang!!!!

*errr..alamakkkk...terbatal niat ku nak makan rendang..ouchhh mama dah bising..larikkkkk....

ermmm..dah settle mandi siap siap pegi surau dengan mama..tapi sempat lagi pesan kat mak sedara aku simpan kan lemang untuk aku hahahhaa tak abis lagi tu kisah makan aku kui kui kui...

comel tak aku? eh silap solehah tak aku? ade yang nak buat menantu tak? huahuahuahua =P

aku semayang raya tahun nih dengan mama je..abang aku balik beraya umah mak mertua dia...kena gilir gilir la kan...dengan khusyuk lagi tawaduk la aku semayang raya and dengar khutbah raya..tetibe lak aku cam sedeh je..mengenangkan abah yang dah lame pergi uwaaaa T_T juga mengenangkan orang jauh..haishh kalo la boleh beraya dengan beliau huhuhu

so far raya tahun nih pagi pagi lagi aku dah hot...bukan sebab cuaca panas terik...tapi sebab ade manusia yang buat aku hangin pagi pagi yang mulia tu...grrr memang ase nak bagi makan penampo pakistan jeq...tapi naseb baik la hari tu hari raya..kalo bukan raya memang aku dah bagi makan penampo dah errrr...heee..

aku marah sebab diaorang tak tunggu aku dengan mama nak pegi kubur abah...sakit hati betol..dah la semayang raya tak pegi, ade ke pegi kubur dulu, macam kubur tu nak lari je...semayang nih ditinggalkan tak pe plak...tu yang buat aku hot giler..memang rasa nak meletop je...huh!!! naseb mama tenangkan..tunggu abang aku balik nanti pegi..aku dah la lame tak jumpa abah aku...haihhh..

pastu naseb baik la mak sedara aku bagi lemang yang aku suruh simpan tadi..baru la aku ok semula..kalo tak kerana lemang tak tahu la hahahahaha...makan lah aku lemang tu dengan gembiranya huahuahua =P senang je nak bagi aku hilang marah...bagi makanan pebret aku, hilang la marah aku hahahhahaha boley gitu? errr...

tu lah kisah pagi raya aku yang macam macam perasaan ade...dah takde ape nak cakap..ok baiii

p/s: amalan pegi kubur di hari raya tak galakkan..kerana hari raya adalah hari kemenangan, bukan hari menziarahi kubur dan bersedeh ^-^

kisah raya nuru 9 = juadah hari raya

selamat hari raya, eh hari nih raya lagi kan? dah raya keberapa erk? ha cepat kira pakai jari korang haha...ermm masih lagi dengan kisah raya aku yang tak abis lagi..ini episod yang kesembilan..wah wah wah...memang banyak episod raya aku nih..leh buat drama bersiri derr huhuhuu...

untuk episod sembilan nih aku nak citer pasal juadah hari raya yang aku sediakan untuk tetamu yang datang bertandang ke rumah aku tanpa segan dan silu sebab datang mitak duet raya je grrrr....berkali kali lak datangnya..tahun depan aku nak buat list la, sape yang datang tandatangan..pastu kalo datang lagi kita buat semakan dah penah datang ke belom...hahahaha agak agak ade tak yang nak datang lagi pastu? huhuhuhu

juadah yang family aku sediakan time raya hari tu cam biase lah, menu wajib ade setiap kali raya kat umah aku haruslah nasi impit kuah kacang dan laksa kuala...memang satu periuk besar kuah laksa tu, tak sempat sampai petang dah licin tinggal asam keping je golek golek dalam periuk tu...yang lain sume settle hahahahha..

nasi impit @ nasi kapit..jangan tersepit sudah hahaha

laksa kuala yang paling meletopppp hahahhaha;p

sedap tak? sedap tak? hahaha memang sedap pon, aku makan laksa dengan nasi impit nih dah tak pandang dah menu lain hihihihi selain dari dua menu wajib nih, rendang, pulot kuning, lemang, kuih muih pon ade jugak...hari raya kedua dengan ketiga still lagi buat laksa sebab pemintaan ramai..huiii naik loya tekak aku makan laksa je sepanjang raya...pegi raya pon mane umah yang buat laksa aku dah tak pandang dah...sebab perut dah penuh laksa hahahhaaha

tapi yang paling aku gembira tahap maksima, aku dapat makan nasi kegemaran aku kat umah mak sedara aku...huaaa  best ooo nasi ayam dia, sampai balik leh mimpi lah gua cakap sama lu hahahha....aku memang addict dengan nasi ayam..sekian terima kaseh hahahhaa

p/s: korang buat juadah ape time hari raya? hehe

Thursday 15 September 2011

header and doodle untuk cinta nuru hehe

huyeaaaa!!! dah siap akhirnya....doodle yang di tempah....sebenarnya kalo korang tengok memang dah ade aku letak dah header ngan doodle tu kat belog nih..cume ni aku baru nak post entry sal doodle nih..boley? haahahahha



comel tak header yang di buat nih? comel cam aku tak? eh, tetibe lak tulis cam gitu boley? hahahaha



ni pulak mr and mrs doodle hehehe...cumil tak? cute cam aku tak? eh, silap tulis lagi hahaha...semua doodle nih di tempah khas oleh aku dengan cik farhah atau name belog beliau istana cinta...kalo korang pon nak tempah doodle comel comel nih boleh tempah kat cik farhah...beliau sangat kretip dalam pembikinan doodle nih...memang aku tabik spring kat beliau...sebab aku tersangat pandai nak buat benda alah nih ngeeee T_T...

tapi sekarang aku dilanda dilema...uwaaaa...header yang aku guna sekarang pon cantik gak...header yang farhah buat nih pon cantik jugak...nak guna yang mane satu nih? pastu nanti budak lelaki sebelah pintu a.k.a hizami nak bagi header lagi...sebab aku menang contest dia hari tu..err mati dalam dilema aku camni uwaaaa...camner nih?camner nih? tulun tulun !!!

p/s: guna tiga tiga header sekali boley tak ae? errr ^^'

jom2 kita pegi pulau naminara ae amek tiket kat sini tuing3~~^-^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...