puteri nuru........hihihihi aku dh leh tukar name kt pesbuk...gumbira..ase nk menari lagu caca je kuwang3...so kawan2 sume..jom add sy..tp perkenalkan diri anda dlu ye..kalo x tidak akan di approve...sume nih safety kikikikiki ;)
si cantik n si ensem saya ^-^
boleh like nuru kat sini tuing3 ^-^
ini nuru!!! heeee ^-^
Thursday, 30 June 2011
name kat pesbuk dh leh tukar yippieeee hik3 -puteri nuru-
bila jemari lembut menekan keyboard^-^
puteri nuru........hihihihi aku dh leh tukar name kt pesbuk...gumbira..ase nk menari lagu caca je kuwang3...so kawan2 sume..jom add sy..tp perkenalkan diri anda dlu ye..kalo x tidak akan di approve...sume nih safety kikikikiki ;)
p/s: puteri nuru= cinta nuru= mistikus cinta=nuru huda ^-^
puteri nuru........hihihihi aku dh leh tukar name kt pesbuk...gumbira..ase nk menari lagu caca je kuwang3...so kawan2 sume..jom add sy..tp perkenalkan diri anda dlu ye..kalo x tidak akan di approve...sume nih safety kikikikiki ;)
si comel yang menulis penuh dedikasi
nuruhuda_329
tepat jam
1:05 am
0
orang berdedikasi macam nuru ^-^
org istimewa tu bg kite pokok ag huuuu ^-^
bila jemari lembut menekan keyboard^-^
tuing3..assalamualaikummm....uihhh lame dh hupdate blog nih...bz la katakan..err bz ke?? hehe xde lah bz sgt..cume buat2 bz hahaha...erm..entri nih nk cite pasal, nk cari pasal..eh silap plak, bukan2 hihi nk cite pasal tajuk entri tu la...korang dh bc kan?? huhuhu org istimewa bg pokok ag..tp kali nih bukan bg sbb besday aku..tp sbb errr ape erk?? entah lah..sbb dia cameron highland and beli pokok tu kot..n bg aku satu hihihi pokok itu adelah pokok kaktus hihihi comey..acctually org istimewa nih mmg minat pokok n menanam nih..sudahnya aku pon jd tukang kebun jugak..menjaga pokok2 beliau sepanjang beliau bercuti nih...huuuu so, bilik aku ade oksigen la..senang la cikit bernafas kalo mlm2 hahahah leh lak camtu kan...huuuuuu...jom tengok gambar pokok kaktus caye hik3 --------> scroll ke bawah ye syg2 sume hehe
ha...tu lah dia kisah aku dan pokok hahahha...comel2 kan pokok tu..hari2 buat aku tersenyum melihatnya..walaupun sebenarnya aku sgt lah sedeh huk3 :'(..tp sbb ade pokok dr insan istimewa, sedeh pon jd gembira wiiiiiiiiiiiiiiii~~~~^-^
p/s: mau jd tukang kebun la nti hihihi
tuing3..assalamualaikummm....uihhh lame dh hupdate blog nih...bz la katakan..err bz ke?? hehe xde lah bz sgt..cume buat2 bz hahaha...erm..entri nih nk cite pasal, nk cari pasal..eh silap plak, bukan2 hihi nk cite pasal tajuk entri tu la...korang dh bc kan?? huhuhu org istimewa bg pokok ag..tp kali nih bukan bg sbb besday aku..tp sbb errr ape erk?? entah lah..sbb dia cameron highland and beli pokok tu kot..n bg aku satu hihihi pokok itu adelah pokok kaktus hihihi comey..acctually org istimewa nih mmg minat pokok n menanam nih..sudahnya aku pon jd tukang kebun jugak..menjaga pokok2 beliau sepanjang beliau bercuti nih...huuuu so, bilik aku ade oksigen la..senang la cikit bernafas kalo mlm2 hahahah leh lak camtu kan...huuuuuu...jom tengok gambar pokok kaktus caye hik3 --------> scroll ke bawah ye syg2 sume hehe
ni la dia kaktus my syg bg hik3 |
ni pokok2 yg aku kena jg..jd tukang kebon jap aku hik3 |
kaktus n keladi huuuu |
ni masa pokok2 ni kena denda berjemur d tgh panas..bg bitamin cikit huuu |
cumil..syg cgt :) |
p/s: mau jd tukang kebun la nti hihihi
si comel yang menulis penuh dedikasi
nuruhuda_329
tepat jam
12:44 am
2
orang berdedikasi macam nuru ^-^
Wednesday, 22 June 2011
mau ke bali pak..ayuhh heeee;p
bila jemari lembut menekan keyboard^-^
Bali, juga dikenali sebagai Pulau Dewata, ialah sebuah pulau di indonesia yang terletak di antara Pulau Jawa dan Pulau Lombok. Bali terkenal sebagai destinasi pelancongan, khususnya bagi orang jepun dan australia.
Pulau Bali yang merupakan sebahagian kepulauan sunda kecil mempunyai keluasan sepanjang 153 KM dengan lebar 112 KM. Terletak pada garisan lintang selatan 8°, kedudukan ini menyebabkan Bali beriklim tropika sebagaimana dengan kawasan-kawasan Indonesia yang lain.
Gnung Agung setinggi 3,148 meter ialah titik yang tertinggi di Bali. gunung berapi ini meletup terakhir kali pada Mac 1963. Gunung Batur merupakan lagi sebuah gunung di pulau ini. Sekitar 30,000 tahun dahulu, Gunung Batur meletus dan mengakibatkan bencana yang dahsyat. Berbeza dengan bahagian utara, bahagian selatan Bali ialah dataran rendah yang dialiri sungai-sungai.
Ibu kota Bali ialah kota Denpasar, manakala kota Ubud merupakan pusat kesenian. Destinasi pelancongan yang utama di Bali termasuk Kuta, Sanur, Seminyak, Jimbaran dan Nusa Dua.
Penghuni-penghuni pertama di pulau Bali dipercayai merupakan penghijrah-penghijrahan dari Asia yang datang pada 2500 SM. Zaman prasejarah kemudian berakhir dengan kedatangan orang-orang Hindu dari India pada 100 SM.
Pada zaman kerajaan Majapahit, hampir seluruh Nusantara beragama Hindu. Namun seiring dengan datangnya Islam, berdirilah kerajaan Islam di nusantara yang menyebabkan keruntuhan Majapahit sekitar tahun 1500. Kebanyakan orang Hindu datang dari Pulau Jawa.
Penjelajah Eropah pertama yang menemui Bali ialah Coenelis De Houtman dari Belanda pada 1576. Melalui Syarikat Hindia Timur Belanda (Vereenigde Oostindische Compagnie), Belanda kemudian menjajah Bali, dan mencetuskan perang yang melibatkan seluruh rakyat, baik lelaki mahupun perempuan, termasuk rajanya.
Sejak penubuhan Republik Indonesia, Bali telah menjadi sebahagian negara tersebut.
Bilangan penduduk Bali ialah lebih kurang empat juta, dengan sebanyak 93% merupakan penganut Hindu. Agama lainnya termasuk Islam, Kristian dan Buddha.
p/s: bestnya kalo dapat gi bali..huaaaaaaaaa ^-^
si comel yang menulis penuh dedikasi
nuruhuda_329
tepat jam
11:39 am
0
orang berdedikasi macam nuru ^-^
kuala kangsar bandar diraja..my hometown wink3
bila jemari lembut menekan keyboard^-^
Kuala Kangsar adalah merupakan bandar diraja dan bersejarah bagi negeri Perak Darul Ridzuan. Kuala Kangsar juga merupakan kawasan pelancongan yang mempunyai pelbagai produk-produk tempatan dan IKS (Industri Kecil dan Sederhana)yang menarik. Terletak kira-kira 48 kilometer ke utara dari ipoh. Kuala Kangsar mendapat nama bersempena pokok kangsar yang tumbuh di tebing sungai dan juga terdapat versi mengatakan terdapatnya 99 anak sungai dan kurang 1 kepada seratus, iaitu melalui sebutan Kuala Kurang Sa. Kuala Kangsar dapat dihubungi melalui Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), jalan persekutuan dan melalui kemudahan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
Kuala Kangsar juga merupakan sebuah daerah yang ditadbir oleh Pejabat Daerah Kuala Kangsar dan bagi kawasan perbandaran ditadbir oleh Majlis Perbandaran Kuala Kangsar. Pusat pertumbuhan utama daerah adalah Bandar Kuala Kangsar, Sungai Siput (U), Padang Rengas, Manong, Sauk, Karai, Salak, Lintang dan Lasah. Bandar Sungai Siput (U) merupakan pusat pertumbuhan kedua terbesar selepas Bandar Kuala Kangsar.
Negeri perak lahir dari aliran air yang menebing di Sungai Perak daripada puncaknya di Ulu Belum hinggalah ke muaranya di Selat melaka. Dari zaman awal lagi orang tertarik dengan keistimewaan sungai ini lalu memudikinya sambil mencari tebing yang baik untuk mendarat. Mereka adalah peneroka yang datang membuka tempat baru dan berinteraksi dengan pribumi hingga menjadi orang Perak seperti yang ada sekarang.
Mereka memudik dengan sampan hingga sampai ke suatu anak sungai di tebing kiri Sungai Perak. Dalam kiraan mereka kuala sungai ini adalah bersempena, lebih-lebih lagi tebingnya rendah, tanahnya subur dan permandangannya sungguh indah. Kebetulan mengikut kiraan mereka kuala sungai ini ialah yang ke seratus kurang satu, atau 'Kuala Kurang Sa'. Kononnya itulah nama asalnya, "Kuala Kurang Sa" dan kemudiannya disebut "Kuala Kangsar" sahaja. Namun begitu terdapat versi mengatakan mengambil sempena nama pokok kangsar yang banyak tumbuh di tebing-tebing sungai.
Walaubagaimanapun, Kuala Kangsar sebenarnya adalah satu lokasi yang sangat baik, bukan sahaja sesuai sebagai tempat mendarat, tetapi memang baik untuk penempatan, untuk bercucuk tanam, untuk pusat perniagaan. Di daratnya seseorang boleh meneruskan perjalanan menyusur sungai hingga ternampak gunung pondok di padang rengas, iaitu satu mercu tanda yang memandu orang dalam perjalanan ke Larut ataupun dari Larut.
Berdasarkan keistimewaan ini kita membuat kesimpulan bahawa Kuala Kangsar dan kawasan di sekelilingnya adalah tempat tua, sudah berabad-abad lamanya didiami orang.Pokok getah yang pertama ditanam di Malaysia yang kini berusia lebih 100 tahun masih hidup subur di perkarangan pejabat daerah dan tanah kuala kangsar. Saiznya tiga atau empat pemeluk.
p/s: kuala kangsar tetap dihati ngeee@_@
signboard ke kuala kangsar zaman dolu kala huuu |
Kuala Kangsar adalah merupakan bandar diraja dan bersejarah bagi negeri Perak Darul Ridzuan. Kuala Kangsar juga merupakan kawasan pelancongan yang mempunyai pelbagai produk-produk tempatan dan IKS (Industri Kecil dan Sederhana)yang menarik. Terletak kira-kira 48 kilometer ke utara dari ipoh. Kuala Kangsar mendapat nama bersempena pokok kangsar yang tumbuh di tebing sungai dan juga terdapat versi mengatakan terdapatnya 99 anak sungai dan kurang 1 kepada seratus, iaitu melalui sebutan Kuala Kurang Sa. Kuala Kangsar dapat dihubungi melalui Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), jalan persekutuan dan melalui kemudahan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
istana kenangan..dibina tanpa menggunakan paku |
Negeri perak lahir dari aliran air yang menebing di Sungai Perak daripada puncaknya di Ulu Belum hinggalah ke muaranya di Selat melaka. Dari zaman awal lagi orang tertarik dengan keistimewaan sungai ini lalu memudikinya sambil mencari tebing yang baik untuk mendarat. Mereka adalah peneroka yang datang membuka tempat baru dan berinteraksi dengan pribumi hingga menjadi orang Perak seperti yang ada sekarang.
masjid ubudiah :) |
jam beso huuu |
Berdasarkan keistimewaan ini kita membuat kesimpulan bahawa Kuala Kangsar dan kawasan di sekelilingnya adalah tempat tua, sudah berabad-abad lamanya didiami orang.Pokok getah yang pertama ditanam di Malaysia yang kini berusia lebih 100 tahun masih hidup subur di perkarangan pejabat daerah dan tanah kuala kangsar. Saiznya tiga atau empat pemeluk.
p/s: kuala kangsar tetap dihati ngeee@_@
si comel yang menulis penuh dedikasi
nuruhuda_329
tepat jam
11:16 am
4
orang berdedikasi macam nuru ^-^
Saturday, 18 June 2011
kesedihanku :'(
bila jemari lembut menekan keyboard^-^
Sepinya hari yang ku lewati
Sepinya hari yang ku lewati
Tanpa ada dirimu menemani
Sunyi ku rasa dalam hidup ku
Tak mampu aku untuk melangkah
Masih ku ingat indah senyum mu
Yang selalu membuat ku mengenang mu
Terbawa aku dalam sedih ku
Tersedar kini kau tak di sini
Engkau masih yang terindah
Indah di dalam hati ku
Mengapa kisah kita berakhir yang seperti ini??
Hambar kini yang ku rasa
Menangis pun ku tak mampu
hanya sisa kenangan yang terindah dan kesedihan ku
yang ada kini~~~
p/s: selamat tinggal kasihku..maaf kan aku~~
si comel yang menulis penuh dedikasi
nuruhuda_329
tepat jam
2:53 pm
0
orang berdedikasi macam nuru ^-^
Friday, 17 June 2011
my setawar dah besar^-^
bila jemari lembut menekan keyboard^-^
wiiiiiii~~~tudiaaaa....my setawar udah besaq..huhuhu apesal aku tibe2 ckp utara nih???adeiii hihihi tuko2...ermm hari tu balik kampung first sampai sti la tgok my setawar nih...al maklom lah sgt bmakna pokok nih..pemberian dari seseorg yg sgt istimewa ms hr jadi aku hihihihi..pelik kan??? x penah ade or jarang lah kalo hari jadi bg pokok...selalunya org bg adiah teddy bear ke, jam rolex ke (wahh demand haha) tp aku unik seunik name aku sbb aku dpt adiah pokok setawar..org istemewa tu ckp dia xleh nk bg adiah besar2, so dia bg adiah pokok setawar nih..sebab nti dia akan membesar huuuuu sweet kan dia hik3 so korang kalo nk bg adiah kt awek or pakwe bg la adiah pokok ok..jgn pokok kayu jati plak..kang jenuh nk nunggu beso..berjanggut la..hahahahhaaha...acctually entri nih aku dh bg cadangan adiah hari jadi utk korang yg selalu sgt buntu bila nk bg adiah besday huuuuu baik x saya??? angkat tangannn hehehe ;p pasni nti balik kampung time raya ni lak sti setawar ag besar...wahhhh x sabar nk balik kampung jmp setawar huhuhuhuhuhu....
p/s: terima kasih untuk org yg sgt istimewa dihati nih..syg kamoo ^-^
setawar masa kecik..masa mula2 dpt :) |
tadaaaaa setawar dh becarrr hik3 |
p/s: terima kasih untuk org yg sgt istimewa dihati nih..syg kamoo ^-^
si comel yang menulis penuh dedikasi
nuruhuda_329
tepat jam
12:00 pm
3
orang berdedikasi macam nuru ^-^
silalatus mahsuri :)
bila jemari lembut menekan keyboard^-^
Mahsuri binti Pandak Maya merupakan seorang gadis kelahiran Pulau Langkawi. Beliau dilahirkan oleh pasangan Pandak Maya dan Mak Andam pada penghujung kurun ke-18 Masihi di Kampung Ulu Melaka, Langkawi. Mahsuri turut digelar sebagai Puteri Mahsuri dan dengan jolokan Puteri Langkawi.
Kehidupan dan sejarah Mahsuri telah dilitupi lagenda pulau tersebut yang sememangnya terkenal dengan lagenda dan kisah rakyatnya. Kisah yang paling popular tentang kehidupan beliau adalah ketika saat akhir sebelum beliau dibunuh yang hingga kini dijadikan sebagai bahan untuk persembahan teater bangsawan hinggalah kepada cerita kanak-kanak.
KEHIDUPAN
Menurut anggaran, kehidupan awal Mahsuri adalah ketika Langkawi di bawah pemerintahan Sultan Abdullah Mukarram Shah III (1778-1797) dan Sultan Ziyauddin Mukarram Shah II ibni al-Marhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Azilin Muadzam Shah (1797-1803) iaitu ketika Pandak Maya baru sahaja berhijrah ke Langkawi.
Dikhabarkan bahawa pasangan Pandak Mayah dan Cik Alang telah datang dari Kampung Kemala,Phuket, Thailand ataupun dahulunya dekenali dengan nama (Siam). Mereka berhijrah ke Langkawi untuk mengubah keadaan hidup mereka bagi menjadi lebih baik. Pada masa itu pasangan suami isteri ini berkerja sebagai petani.Lama kelamaan rezeki mereka semakin murah hinggakan mereka telah mampu membeli tanah dari masyarakat setempat. Diceritakan juga oleh orang lama-lama di Langkawi bahawa keluarga Pandak Mayah ini telah menjalankan perniagaan kemenyan serta sarang burung. Ini telah melipat kali gandakan lagi rezeki mereka sekeluarga sehingga mereka ini menjadi salah satu keluarga yang berada di Langkawi.
1. Pandak Mayah boleh dikatakan sabagai orang yang berada di Langkawi kerana mempunyai tanah sawah yang luas dan terlibat dengan perniagaan sarang Burung Layang-layang Padi.
Apabila rezeki mereka sudah melimpah ruah, maka atas kuasa Tuhan dikurniakan pula keluarga Pandak Mayah ini seorang cahaya mata perempuan. Pandak Mayah telah menamakan bayi perempuan itu dengan nama Mahsuri. Sesetengah sumber memberitahu bahawa Mahsuri juga turut dikenali dengan nama timangannya iaitu Siti. Mahsuri membesar dan diasuh dengan penuh adat resam serta tata susila oleh kedua orang tuanya. Sejak zaman kanak-kanak lagi Mahsuri telah menunjukkan ciri-ciri luar biasa dimana dia tidak seperti kanak-kanak yang lain. Mahsuri sering menonjol dikalangan rakan sepermainannya kerana dikatakan dia sering memakai pakaian berwarna hitam, ini adalah warna kegemarannya, disamping itu,dari segi paras rupanya yang tak jemu mata memandang, dari segi tutur katanya dan tingkah lakunya yang penuh sopan santun cukup melambangkan betapa tingginya budi pekerti dan akhlak Mahsuri. Sehinggalah meningkat dewasa, ciri-ciri kewanitaannya lebih terserlah, dengan wajah yang cantik rupawan,serta hati budi yang yang sangat baik. Sehinggakan menjadi buah mulut seluruh penduduk Langkawi dan akhirnya sampailah ke telinga Wan Yahya turut dikenali dengan nama Dato Pekermajaya. Dia adalah wakil sultan untuk memerintah Langkawi pada masa tersebut.
Mahsuri dikahwinkan dengan seorang pemuda dan pahlawan tempatan iaitu Wan Derus, iaitu adik kepada wakil Sultan di Langkawi, Datuk Pekerma Jaya dan Wan Mahora.
FITNAH
Ketika pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II ibni al-Marhum Sultan Ziyauddin Mukarram Shah (1803-1843), hubungan Kedah-Siam menjadi keruh. Mahsuri hamil ketika Wan Derus keluar dari Langkawi (tidak diketahui tujuannya tetapi sumber menyatakan beliau berperang dengan tentera Siam di Kuala Kedah). Sepeninggalan beliau, Mahsuri dikhabarkan tinggal bersama ibu bapanya. Ketika waktu tersebut, Deramang, seorang penyair kembara (sesetengah sumber mengatakan beliau peniaga) singgah di Langkawi. Kebolehannya menambat hati penduduk Langkawi lalu dengan ehsan ibu bapa Mahsuri, Deramang tinggal di rumahnya untuk mengajarkan syair dan dendang.
Kepandaian Deramang dalam bersyair menaikkan nama Mahsuri sebagai tuan rumah dan menimbulkan kecemburuan Wan Mahura, kakak iparnya sebagai isteri pembesar pulau Langkawi. Kelahiran anak Mahsuri, Wan Hakim, mencetuskan fitnah apabila Wan Mahura menuduh Mahsuri bermukah (melakukan hubungan sulit) dengan Deramang.
Atas sebab itu, Mahsuri dan Deramang ditahan dan dijatuhkan hukuman bunuh oleh Dato Pekermajaya abang iparnya sendiri setelah termakan hasutan isterinya. Tanpa menunggu Wan Derus pulang, Mahsuri dan Deramang di bawa ke Padang Matsirat, pusat Langkawi ketika itu, untuk dijatuhkan hukuman. Mahsuri diikat di sebuah batang pokok dan ditikam dengan tombak. Menurut lagenda, tombak yang digunakan tidak dapat menembusi tubuh Mahsuri. Akibat terseksa,Mahsuri mendedahkan bahawa dia hanya dapat ditikam dengan tombak sakti (terdapat pihak yang menyatakan bahawa senjata itu adalah keris) yang terdapat di alang rumahnya.
Kata-kata terakhir Mahsuri amatlah masyhur apabila ia seringkali diulang dalam mana-mana persembahan. Ayat-ayat terakhir Mahsuri adalah berupa sumpahan untuk tidak menghalalkan darahnya jatuh ke bumi kerana beliau mangsa fitnah dan mengutuk pulau Langkawi untuk tidak tenteram dan permai ibarat padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan.
Walaupun dipujuk dan dirayu ibu bapa Mahsuri, hukuman tetap dijalankan dan Mahsuri dibunuh tanpa dosa yang dituduh. Menurut lagenda, Mahsuri mengalirkan darah berwarna putih hanya kerana kata-katanya yang tidak menghalalkan darahnya jatuh ke bumi. Deramang turut dibunuh kemudiannya walaupun bertindak ganas. Mahsuri dikebumikan oleh ibu bapanya bersebelahan dengan harta tebusan yang ingin digunakan untuk menebusnya. Mahsuri dikatakan meninggal pada tahun 1819 Masihi bersamaan 1235 Hijrah.
SUMPAHAN MAHSURI
Seminggu selepas Mahsuri dibunuh, Wan Derus pulang setelah Kedah gagal menewaskan Siam. Selepas mengetahui akan hakikat tentang isterinya, dia kecewa lalu membawa anaknya, Wan Mat Arus keluar dari Siam. Sejurus itu, tentera Siam menyerang pulau tersebut. Langkawi hancur dan hangus.
Datuk Pekerma Jaya melarikan diri bersama bersama orang kuatnya, Panglima Hitam. Malangnya, Datuk Pekerma Jaya ditangkap oleh tentera Siam di Sungai Langkanah dan diseksa serta dibunuh dengan kejam. Begitu juga dengan Wan Mahura yang dirogol dan disiksa tentera Siam. Anak mereka, Wan Muhamad Ali bergegas pulang dari Pulau Pinang untuk membalas dendam. Kejayaannya mendorong sultan melantiknya sebagai pengganti ayahnya. Walau bagaimanapun, pulau Langkawi tidak pernah makmur kerana kegiatan lanun dan jenayah yang teruk
PENUTUPAN SUMPAHAN
Sebelum 1980-an, Langkawi memang tidak makmur hinggakan orang mengatakan yang kerbau lebih banyak berbanding manusia di sana. Ketika Tunku Abdul Rahman masih menjadi pegawai daerah, Tunku sentiasa melawat Langkawi tetapi tiada siapa yang tahu di mana tempat pengkebumian Mahsuri. Maka, Tunku mencari sehingga menemui sebuah kubur yang tersembunyi lalu dibinakan sebuah makam, yang dikenali sebagai Makam Mahsuri.
Menjelang 1980-an, Langkawi menjadi lebih makmur (satu daripadanya disebabkan kedatangan pekerja untuk membina makam Mahsuri). Ada yang menyatakan kemakmuran itu disebabkan lahirnya keturunan ketujuh Mahsuri (ada yang mengatakan kelapan) menamatkan segala sumpahan Mahsuri ke atas pulau Langkawi. Keturunan ketujuh Mahsuri iaitu Sirintra Yayee atau Nong May atau nama Melayunya, Wan Aishah Wan Nawawi menetap di Kampung Kemala, Phuket, Thailand ketika pertama kali dijejaki. Kebetulan pula ketika itu, Langkawi menjadi pusat pelancongan dan jualan bebas cukai lalu menarik lebih ramai pengunjung ke pulau itu. Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Tun Dr. Mahathir turut membantu mempromosikan Langkawi dengan menambahkan infrastruktur dan menjadikannya pusat pertunjukan seperti LIMA.
p/s: kesian mahsuri...so kita jauhilah diri dari difitnah dan memfitnah :)
si comel yang menulis penuh dedikasi
nuruhuda_329
tepat jam
4:09 am
0
orang berdedikasi macam nuru ^-^
ceritera pulau redang ^-^
bila jemari lembut menekan keyboard^-^
Pulau Redang adalah salah satu pulau yang terbesar dan yang tercantik di pantai timur Malaysia. Pulau ini kini merupakan sebuah pulau peranginan yang amat popular di kalangan orang Malaysia, dengan kebanyakan mereka yang datang melalui pakej pelancongan. Salah satu pantai yang paling cantik di pulau ini ialah Pasir Panjang. Pasirnya putih dan airnya jernih, dengan batu karang dan ikan terdapat hanya beberapa meter dari tepi pantai. Antara kemudahan di pulau ini ialah kegiatan snorkel dan junam.
Pulau Redang boleh dikunjungi melalui Merang dengan bot-bot yang dikendalikan oleh syarikat-syarikat peranginan di sini. Jaraknya dari jeti Kampung Penarik ialah 30 kilometer nautika atau Kuala Trengganu melalui Jeti Shahbandar dengan menggunakan feri. Terdapat juga sebuah lapangan terbang kecil di pulau ini.
tambahan~~~~~~::
Pulau Redang yang terletak di perairan Laut China Selatan merupakan salah satu daripada sembilan buah pulau yang membentuk taman laut Kepulauan Redang, di negeri Terengganu tapak pemuliharaan penyu yang penting.
Pulau Redang adalah salah satu pulau yang terbesar dan yang tercantik di pantai timur Malaysia. Pulau ini kini merupakan sebuah pulau peranginan yang amat popular di kalangan orang Malaysia, dengan kebanyakan mereka yang datang melalui pakej pelancongan. Salah satu pantai yang paling cantik di pulau ini ialah Pasir Panjang. Pasirnya putih dan airnya jernih, dengan batu karang dan ikan terdapat hanya beberapa meter dari tepi pantai. Antara kemudahan di pulau ini ialah kegiatan menyelam, berkayak dan berenang.
Pulau Redang boleh dikunjungi melalui Merang atau Kuala Terengganu dengan bot-bot yang dikendalikan oleh syarikat-syarikat peranginan di sini.Terdapat juga sebuah lapangan terbang kecil di pulau ini.
p/s: nk g sini bercuti with yg tersayang wiiiiii~~~~~;p
si comel yang menulis penuh dedikasi
nuruhuda_329
tepat jam
3:52 am
0
orang berdedikasi macam nuru ^-^
Hayati kisah legenda Tioman
bila jemari lembut menekan keyboard^-^
Sebagai sebuah pulau persinggahan yang penting bagi pelayar dan lanun di perairan Laut Cina Selatan pada masa dahulu, pulau peranginan yang mempunyai 3,000 penduduk itu menyimpan pelbagai kisah misteri.
Bagi menyingkap misteri yang diwarisi penduduk tempatan itu, Pakej Kembara Misteri Pulau Tioman diperkenalkan Damai Tioman Resort di Kampung Genting Pulau Tioman.
Ia menjadi satu lagi tarikan pelancongan baru di Pulau Tioman bagi meneroka fakta sejarah dan legenda yang tersirat di samping dapat mempelbagaikan produk pelancongan di pulau itu.
Menerusi pakej itu, pelancong dibawa melawat beberapa lokasi berunsur sejarah dan mistik yang disifatkan misteri seperti perkuburan lanun (dikenali sebagai Orang Laut), Makam Bendahara Pahang, Pokok Tualang Pontianak, Gua Kelamin, Pusara Atas Batu, Batu Depa dan mata air Sungai Air Raja.
Tarikan misteri di Kampung Genting itu memang terkenal dengan pelbagai kisah mistik dan legenda di kalangan penduduk tempatan.
Kampung Genting juga satu-satunya lokasi di Pulau Tioman yang mempunyai sumber air bersih dari mata air tanpa henti yang mengalir keluar dari celah batu lalu membentuk sungai yang dikenali sebagai Sungai Air Raja pada waktu ini.
Pengurus Damai Tioman Resort, Syed Nasir Syed Abu Bakar berkata ia dinamakan Sungai Air Raja kerana mata airnya dikhaskan untuk golongan raja manakala pelayar biasa perlu mendapatkan sumber air lain dari bukit dan tadahan hujan.
“Misteri yang tersingkap di sebalik pelbagai lokasi bersejarah dan mistik ini perlu didedahkan kepada pelancong supaya mereka tahu Pulau Tioman daripada aspek sejarah dan legendanya selain aspek keindahan marin sahaja.
“Ia dapat memastikan segala kisah sejarah yang tersimpan di kalangan penduduk tempatan dapat diketengahkan kepada generasi hari ini sebelum ia pupus,” katanya.
Pakej Kembara Misteri berharga RM35 seorang dan diadakan setiap malam antara jam 9 malam hingga 1 pagi, ketika air laut surut.
Sementara itu, Pengarah Tourism Malaysia Pahang, Amran Abdul Rahman, berkata produk itu mampu memenuhi cita rasa pelbagai kategori pelancong ke pulau itu.
“Elemen sejarah, legenda dan mistik turut berpotensi menarik minat pelancong dan memangkin sektor pelancongan Pulau Tioman,” katanya.
p/s: nk honeymoon kt cni la hua4;p
si comel yang menulis penuh dedikasi
nuruhuda_329
tepat jam
3:19 am
0
orang berdedikasi macam nuru ^-^
Thursday, 16 June 2011
badam melangsingkan tubuh
bila jemari lembut menekan keyboard^-^
Malah, hasil penyelidikan puluhan tahun lalu membuktikan pengambilan badam boleh menurunkan tahap kolesterol dan mengurangkan risiko penyakit jantung.
Badam bukan saja makanan berkhasiat untuk dimakan, tetapi boleh dijadikan ramuan berkesan untuk membantu menganjal dan mencantikkan susuk badan.
Dalam penemuan dan inovasi terbarunya, L’Occitane mendapati satu ramuan aktif baru yang terdapat dalam putik badam mengandungi pekatan yang boleh meningkatkan tindakan membentuk dan mencantikkan susuk badan. Ia kaya dengan flavonoid yang diketahui dapat merangsang peredaran mikro dan seterusnya membantu membaiki saliran dan menghapuskan selulit.
Almond Body Care baru jenama ini turut dirumus dengan ekstrak putik badam. Sebagai jenama yang menyokong sepenuhnya usaha melestarikan alam sekitar, jenama ini hanya mendapatkan bekalan badam daripada pengeluar di selatan Perancis untuk memastikan kesinambungan tradisi dan landskap Provence.
Rahsia L’Occitane Almond Body Care terletak pada kombinasi semua ramuan sangat aktif yang diperoleh daripada pokok badam di Provence. Minyak badam bersifat menyuburkan, susu badam pula melembutkan kulit manakala protein badam melicinkan dan memejalkan kulit.
Ekstrak badam pula menegang dan mencantikkan manakala serbuk kulit badam melulur dan melicinkan kulit.
Menerusi rangkaian ini, disediakan Delightful Shape dan Elegant Legs untuk pilihan pengguna. Delightful Shape berharga RM165 ini menyediakan tekstur gel yang segar dan lembut dengan bau menyenangkan.
Ia dihasilkan daripada protein badam, silicium dan minyak pati immortelle, pudina dan palmarosa yang kini dipertingkatkan dengan putik pokok badam dan kafein semula jadi.
Elegant Legs berharga RM78 pula dirumus dengan ekstrak putik badam, berangan kuda dan minyak pati cypress yang mencergaskan dan meningkatkan pengedaran mikro manakala mentol memberi kesegaran serta-merta dan tahan lama.
Reka bentuk botol yang praktikal membolehkan Elegant Legs baru digunakan dengan mudah dalam pelbagai kedudukan. Ia boleh digunakan apabila ingin menyegarkan kulit di kaki lima kafe atau di mana-mana saja kerana ia boleh disembur terus pada kulit atau ke atas stokin.
Lebih penting, ia juga boleh diselitkan ke dalam beg tangan. Jika mahukan rasa kedinginan luar biasa, simpan produk ini di dalam peti sejuk.
p/s: coklat buah badam sedapnyaaaaaaa huuuuuuuuuu^-^
si comel yang menulis penuh dedikasi
nuruhuda_329
tepat jam
12:26 pm
0
orang berdedikasi macam nuru ^-^
Sunday, 12 June 2011
i miss my baby si mata boolat :)
bila jemari lembut menekan keyboard^-^
hummm rindu bangat kt my baby uwaaaa :'( lambat ag nk jmp...raya kot baru jumpa..sob3 miss sgt3..adeiii beliau skrg ade kt langkawi...bcuti sempena dapat adik baru hihihi..abg aku cakap dia suke kacau adik dia hihihi nakal lorr my baby nih...acctually aku dh dpt dua baby..x kawen pon leh dapat baby gak kikikiki...jom tgok my baby si mata boolat huhuhuhu zasssss scroll ke bawah yekkk....:)
hummm rindu bangat kt my baby uwaaaa :'( lambat ag nk jmp...raya kot baru jumpa..sob3 miss sgt3..adeiii beliau skrg ade kt langkawi...bcuti sempena dapat adik baru hihihi..abg aku cakap dia suke kacau adik dia hihihi nakal lorr my baby nih...acctually aku dh dpt dua baby..x kawen pon leh dapat baby gak kikikiki...jom tgok my baby si mata boolat huhuhuhu zasssss scroll ke bawah yekkk....:)
si boolat nur safiyya :) |
dah pandai panjat kerusi adeiiii |
dengan opah :) |
muke blurr hik3 |
gg baru dua puntong???aiyakkkk :) |
shumillll cgt muahhhhh |
khusyuk lg tawaduk hahhaa |
gerammm sgtt nihhhh |
gaya nengok tv hehehe |
tadaaaa ngn maksu :) |
cehhh muke dia hhahaha |
wekkkk to makcik fizah hahha |
comel cam maksu ahakz3 |
p/s: gambar baby baru xde ag..tggu next entri hihihihi ^-^ baby baru name shafaraz
si comel yang menulis penuh dedikasi
nuruhuda_329
tepat jam
5:53 am
0
orang berdedikasi macam nuru ^-^
Wednesday, 8 June 2011
praktikal time adeiiii @_@
bila jemari lembut menekan keyboard^-^
walaweiiii..aku ngah menjalani praktikal skrg nih..dah seminggu dh aku praktikal...semuanya ok..Alhamdulillah :) tp entri ni aku baru nk post..hahahhaa kt opis mmg buzy giler..byk keje kot...tp bagus gak xde la dok tercanggok je...actually praktikal kt cni mmg best..nk tahu ktner???huhuhu kt tempat yg same lg serupe hahaha kt UUM yg tercinta lah jabatan pendaftar bahagian sumber manusia..hihihi name dh gah dh tu kikikiki tempat aku blaja n tempat praktikal skali hihihi bukan ape senang ckit kt cni..penginapan sume ade..best oooo :) aku praktikal nih with my rumet cik fizah..so kami bdua lah kt situ hihihi ok jom scroll ke bawah tgok gambar aku kt tempat praktikal...comel tak??ihik3 ;p
walaweiiii..aku ngah menjalani praktikal skrg nih..dah seminggu dh aku praktikal...semuanya ok..Alhamdulillah :) tp entri ni aku baru nk post..hahahhaa kt opis mmg buzy giler..byk keje kot...tp bagus gak xde la dok tercanggok je...actually praktikal kt cni mmg best..nk tahu ktner???huhuhu kt tempat yg same lg serupe hahaha kt UUM yg tercinta lah jabatan pendaftar bahagian sumber manusia..hihihi name dh gah dh tu kikikiki tempat aku blaja n tempat praktikal skali hihihi bukan ape senang ckit kt cni..penginapan sume ade..best oooo :) aku praktikal nih with my rumet cik fizah..so kami bdua lah kt situ hihihi ok jom scroll ke bawah tgok gambar aku kt tempat praktikal...comel tak??ihik3 ;p
pekerja berdedikasi wawawawa;p |
hari first..gambar nih bos besar yg amik kan..wahhh baik ngan bos besar huhuhu |
tadaaaaa ni lah kaunter depan jabatan pendaftar uum hihihi |
ni rumet aku kantoi main pesbuk kikikiki |
cik fizah |
gambar penutop hihihihi;p |
haaa dah tgok dh gambar aku kt praktikal hihihi..tu lah dia ye...4 bulan aku akan praktikal kt sini moga Allah memudahkan segala urusan Aminnn ^-^ ramai yg xtahu aku praktikal uum..kalo ade yg tahu sti diaorg cakap 'ek elehhh ape barang praktikal uum...dh la blaja situ praktikal situ..xde life...' kompem la diaorg ckp camni...tp kepada org2 yg ckp camni, ni teman nk bg tau cikit...utk pengetahuan kalian aku bangga praktikal kt uum sbb nya.........scroll ke bawah-------->/////
penginapan disediakan
elaun ada..masyukkkkkk
dapat kerja sama dengan kos yg kita amik (xde la kena wt air sesetengah dak praktikal tu)
silap hari bulan dapat diserap terus keje kt uum (skrg susah nk cari keje..so kena amik peluang yg ade)
senang nk buat report (dapat jmp penyelia laporan hari2 hahaha)
dapat save bajet (simpan wet utk raya)
selamat dan tenang dok sini (byk kenangan kt sini syg nk tggl huhuhu)
haaaa tu lah dia sbb yg leh aku pk skrg...hahhahaa so praktikal kt uum sgt best...best best best best gilerrrr hihihihi...
p/s: mahu cipta kenangan selama 4 bulan nih..moga semuanya indah2 belaka ^-^
si comel yang menulis penuh dedikasi
nuruhuda_329
tepat jam
10:24 pm
0
orang berdedikasi macam nuru ^-^
Tuesday, 7 June 2011
tetibe nak jiwang pe kes??? haha ;p
bila jemari lembut menekan keyboard^-^
Aku tak mengerti dengan rasa dalam hatiku
Aku tak mengerti dengan rasa dalam hatiku
Aku hanya bisa merasakannya dlm hati
Hanya dengan hati…
Tak perlu dengan kata-kata
Kerana kata hanya akan membuat luka
Aku akan terbang jauh
Bersama anganku yang melayang
Menerawang menembusi angkasa
Lalu jatuh bersama derai air mata
Aku tak akan mau mengingatimu
Demi rasa harus sembunyikan cinta
Demi rasa sedih kerana tak bisa mendapatkan cinta
Demi rasa sakit memendam rasa
Akan ku pendam dalam-dalam cinta ini
Dan akhirnya, demi cinta itu sendiri aku pergi bersama harapan yang tak pasti
kononnya ngah jiwang d kala senja hahhahaa;p |
si comel yang menulis penuh dedikasi
nuruhuda_329
tepat jam
12:07 am
0
orang berdedikasi macam nuru ^-^
Sunday, 5 June 2011
sahabat dikala susah dan senang:')
bila jemari lembut menekan keyboard^-^
elooooo.....hihihihi ni nk cite kisah sahabat dikala susah dan senang..yg sentiase ade saat memerlu kan..saat susah atau pon senang ^-^ korang ade sahabat camni??kalo ade bagus lah..moga hdup korang mjadi lebih bahagia kalo mempunyai shabat camni...hihihihi...bukan ape susah nk cari sahabat yg leh kongsi susah dan senang bsama..ye x??huhu alhamdulillah buat ms sekarang aku masih mpunyai sahabt seperti itu..sgt mhargainya hihihi...
elooooo.....hihihihi ni nk cite kisah sahabat dikala susah dan senang..yg sentiase ade saat memerlu kan..saat susah atau pon senang ^-^ korang ade sahabat camni??kalo ade bagus lah..moga hdup korang mjadi lebih bahagia kalo mempunyai shabat camni...hihihihi...bukan ape susah nk cari sahabat yg leh kongsi susah dan senang bsama..ye x??huhu alhamdulillah buat ms sekarang aku masih mpunyai sahabt seperti itu..sgt mhargainya hihihi...
siti nor hafizah aluddin ^-^ |
siti nor syuhada haron^-^ |
syazwani amiruddin ^-^ |
Mungkin saja aku tak pernah ada...Mungkin saja aku tak pernah bisa
Menjalani hidup ini tanpamu... sahabat terbaikku..
Sungguh ku bertrima kasih...Atas perlindunganmu kepadaku
Yang tak mungkin bisa ku balas
Aku juga ingin menjadi sahabat terbaik di antara sahabatku yang lain..
Aku mau di sanjung dan di puji layak sahabat terbaik
Karena hanya dialah yang menemani di saat kita kesepian
Hanya dialah yang menghibur kita di saat kita kesusahan
Dan dialah yang membuat hidup ini menjadi indah... Sangat indah
p/s: kau sahabat, kau teman...terima kasih atas segalanya :')
si comel yang menulis penuh dedikasi
nuruhuda_329
tepat jam
5:50 am
0
orang berdedikasi macam nuru ^-^
with our sporting lecture menuju puncak bukit telipong ^-^
bila jemari lembut menekan keyboard^-^
entri nih nk cite sal kisah ms abis exam aritu hihihihi ( sbnrnya exam x abis ag..ade dua paper ag..tp gap nya 3 ari, so jln2 time hahaha) ermm..agak basi cite nih tp nk cite gak..ade aku kesah korang kesah ke x??hahahahha arghhh sudah3..kang lg panjang aku mengarut kang adeiiii...hummmmm
entri nih nk cite sal kisah ms abis exam aritu hihihihi ( sbnrnya exam x abis ag..ade dua paper ag..tp gap nya 3 ari, so jln2 time hahaha) ermm..agak basi cite nih tp nk cite gak..ade aku kesah korang kesah ke x??hahahahha arghhh sudah3..kang lg panjang aku mengarut kang adeiiii...hummmmm
ok kesahnya bermula pas aku g berphotoshoot ngan geng2 aku (entri sebelom nih) petang tu aku ngan 4 org kawan aku cik mila, cik syikin, cik ayu n cik fizah ( diaorg nih geng2 group asgment aku) g la umah lecture aku yg sporting gile nih..(en.munauwar mustafa..name manje en.mun) mmg dia baik lah..ensem lak tu ( lec aku nih lelaki ye..dh kawen hahah) kami berempat g la ke rumah beliau dgn menaiki bus n trun kt pekan changloon..then my lecture pon amik lah kitaorg menaik huluxnya..then menuju ke rumah beliau...tp sblom tu kitaorg g pasar dlu..en.mun ckp nk tunjuk pasar changloon kt kitaorg ( 3 tahun dok kt UUM, pasar changloon pon kitaorg x penah jejak hahaha) ni first time g pasar changloon..then kitaorg beli la bahan2 utk msk kuew tiau goreng..( en.mun yg pilih menu nih)...
kuew tiau goreng satuuuu hihihihi |
aku ngan ayu ngah potong buah mangga..desert hahhaha |
dua chef dari kelate hahahha cik syiken n cik fizah |
cik mila yg buat2 sebok hahahaha |
bahan2 utk buat kuew tiau goreng huhuhu |
sampai kt umah en.mun kitaorg pon mula kan lah operasi memasak menu yg dipilih oleh en.mun td..aku tolong gak msk..tolong tgok hahahahha:P..en.mun ckp pas msk nti nk g mkn kt ats puncak bukit telipong..aikkk ape ke pelik name nya??? hummm..en.mun ckp tu pincak atau bukit atau gunung yg tertinggi kt changloon..adeiii jenuh la kalo nk daki bukit nih....tp kitaorg x daki pon..kitaorg naik ngn hulux..hhuhuhu mmg pengalaman yg xleh d lupe kan..best giler..first time naik bukit ngn transpot..tggi n curam lak tu...mmg hebat la en.mun..
acctually en.mun nih mmg pro dlm hal2 daki mendaki nih..mmg tu yg dia wat hari2..bak kate pepatah pepatong yg aku reka sendirik, en.mun dan gunung ganang ibarat isi dan kuku hahahha ;p atau pon bagai aur dan tebing hik3..mmg best sgt..dpt tgok view seluruh kedah n perlis when kitaorg sampai kt puncak tu hihihi..ase cam xnk balik lak...sbb kt ats puncak tu sejok amatttt...best...jom zass gambar2 kami kt ats puncak telipong hihihihi ^-^
kami bsiap sedia menaiki hulux menuju puncak telipong hihihi |
aku..dh nak dekat sampai dh nih huuuu |
cik ayu..view kt blakang mmg ayu hahaha |
tadaaaa ni lah huluxnya..tp hulux ke??lebeh kurang la tu hihihi |
leh tgok sunset hihihi |
kt blakang tu view seluruh kedah n perlis hihihi |
en.mun n isteri..mereka sgt sporting hihi |
otw nk turun pas mgrib |
kt blakang tu kalo tgok secara live..mmg cantik bercahaya seluruh kedah hihihi |
ha tu dia serba sedikit gambar yg sempat d upload dlm keadaan tenet yg cam kure2 ye huhuk3 :( tp hope dpt mencerita kan pgalaman tu..hihihihi kami turun dari puncak tu pas magrib..huuuu sejokk amatt kena angin bukit..sudah nya aku demam esok nya huhuk3 acctually aku ade pyakit yg xleh sembuh iaitu alergik sejok..korang dgr pon sti pelik kn??tp tu aku akn cite utk entri yg akn dtg..stay tune hahahaha ;p
olololo..tomey nya dia deman..aku pon comey camni tau kalo demam hahhaaha |
p/s: nak naik gunung jerai la plak huuuuuuu
si comel yang menulis penuh dedikasi
nuruhuda_329
tepat jam
5:05 am
3
orang berdedikasi macam nuru ^-^
Subscribe to:
Posts (Atom)