bila jemari lembut menekan keyboard^-^
Sebagai sebuah pulau persinggahan yang penting bagi pelayar dan lanun di perairan Laut Cina Selatan pada masa dahulu, pulau peranginan yang mempunyai 3,000 penduduk itu menyimpan pelbagai kisah misteri.
Bagi menyingkap misteri yang diwarisi penduduk tempatan itu, Pakej Kembara Misteri Pulau Tioman diperkenalkan Damai Tioman Resort di Kampung Genting Pulau Tioman.
Ia menjadi satu lagi tarikan pelancongan baru di Pulau Tioman bagi meneroka fakta sejarah dan legenda yang tersirat di samping dapat mempelbagaikan produk pelancongan di pulau itu.
Menerusi pakej itu, pelancong dibawa melawat beberapa lokasi berunsur sejarah dan mistik yang disifatkan misteri seperti perkuburan lanun (dikenali sebagai Orang Laut), Makam Bendahara Pahang, Pokok Tualang Pontianak, Gua Kelamin, Pusara Atas Batu, Batu Depa dan mata air Sungai Air Raja.
Tarikan misteri di Kampung Genting itu memang terkenal dengan pelbagai kisah mistik dan legenda di kalangan penduduk tempatan.
Kampung Genting juga satu-satunya lokasi di Pulau Tioman yang mempunyai sumber air bersih dari mata air tanpa henti yang mengalir keluar dari celah batu lalu membentuk sungai yang dikenali sebagai Sungai Air Raja pada waktu ini.
Pengurus Damai Tioman Resort, Syed Nasir Syed Abu Bakar berkata ia dinamakan Sungai Air Raja kerana mata airnya dikhaskan untuk golongan raja manakala pelayar biasa perlu mendapatkan sumber air lain dari bukit dan tadahan hujan.
“Misteri yang tersingkap di sebalik pelbagai lokasi bersejarah dan mistik ini perlu didedahkan kepada pelancong supaya mereka tahu Pulau Tioman daripada aspek sejarah dan legendanya selain aspek keindahan marin sahaja.
“Ia dapat memastikan segala kisah sejarah yang tersimpan di kalangan penduduk tempatan dapat diketengahkan kepada generasi hari ini sebelum ia pupus,” katanya.
Pakej Kembara Misteri berharga RM35 seorang dan diadakan setiap malam antara jam 9 malam hingga 1 pagi, ketika air laut surut.
Sementara itu, Pengarah Tourism Malaysia Pahang, Amran Abdul Rahman, berkata produk itu mampu memenuhi cita rasa pelbagai kategori pelancong ke pulau itu.
“Elemen sejarah, legenda dan mistik turut berpotensi menarik minat pelancong dan memangkin sektor pelancongan Pulau Tioman,” katanya.
p/s: nk honeymoon kt cni la hua4;p
No comments:
Post a Comment