si cantik n si ensem saya ^-^

boleh like nuru kat sini tuing3 ^-^

ini nuru!!! heeee ^-^

Wednesday 22 June 2011

mau ke bali pak..ayuhh heeee;p

bila jemari lembut menekan keyboard^-^

Mau ke bali?? ayuhhh hihihi tapi kena la tahu sal bali dulu baru leh pegi..jom scrol ke bawah hihihi ^^,

Bali, juga dikenali sebagai Pulau Dewata, ialah sebuah pulau di indonesia yang terletak di antara Pulau Jawa dan Pulau Lombok. Bali terkenal sebagai destinasi pelancongan, khususnya bagi orang jepun dan australia.

Pulau Bali yang merupakan sebahagian kepulauan sunda kecil mempunyai keluasan sepanjang 153 KM dengan lebar 112 KM. Terletak pada garisan lintang selatan 8°, kedudukan ini menyebabkan Bali beriklim tropika sebagaimana dengan kawasan-kawasan Indonesia yang lain.
Gnung Agung setinggi 3,148 meter ialah titik yang tertinggi di Bali. gunung berapi ini meletup terakhir kali pada Mac 1963. Gunung Batur  merupakan lagi sebuah gunung di pulau ini. Sekitar 30,000 tahun dahulu, Gunung Batur meletus dan mengakibatkan bencana yang dahsyat. Berbeza dengan bahagian utara, bahagian selatan Bali ialah dataran rendah yang dialiri sungai-sungai.
Ibu kota Bali ialah kota Denpasar, manakala kota Ubud merupakan pusat kesenian. Destinasi pelancongan yang utama di Bali termasuk Kuta, Sanur, Seminyak, Jimbaran dan Nusa Dua.

Penghuni-penghuni pertama di pulau Bali dipercayai merupakan penghijrah-penghijrahan dari Asia yang datang pada 2500 SM. Zaman prasejarah kemudian berakhir dengan kedatangan orang-orang Hindu dari India pada 100 SM.
Pada zaman kerajaan Majapahit, hampir seluruh Nusantara beragama Hindu. Namun seiring dengan datangnya Islam, berdirilah kerajaan Islam di nusantara yang menyebabkan keruntuhan Majapahit sekitar tahun 1500. Kebanyakan orang Hindu datang dari Pulau Jawa.
Penjelajah Eropah pertama yang menemui Bali ialah Coenelis De Houtman dari Belanda pada 1576. Melalui Syarikat Hindia Timur Belanda (Vereenigde Oostindische Compagnie), Belanda kemudian menjajah Bali, dan mencetuskan perang yang melibatkan seluruh rakyat, baik lelaki mahupun perempuan, termasuk rajanya.
Sejak penubuhan Republik Indonesia, Bali telah menjadi sebahagian negara tersebut.
Bilangan penduduk Bali ialah lebih kurang empat juta, dengan sebanyak 93% merupakan penganut Hindu. Agama lainnya termasuk Islam, Kristian dan Buddha.




p/s: bestnya kalo dapat gi bali..huaaaaaaaaa ^-^

No comments:

jom2 kita pegi pulau naminara ae amek tiket kat sini tuing3~~^-^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...