si cantik n si ensem saya ^-^

boleh like nuru kat sini tuing3 ^-^

ini nuru!!! heeee ^-^

Thursday 16 June 2011

badam melangsingkan tubuh

bila jemari lembut menekan keyboard^-^

BADAM terkenal sebagai makanan semula jadi yang berkhasiat. Badam kaya dengan protein dan serat makanan yang membekalkan zat galian penting, menjadikannya pilihan yang bijak untuk diet yang sihat.
Malah, hasil penyelidikan puluhan tahun lalu membuktikan pengambilan badam boleh menurunkan tahap kolesterol dan mengurangkan risiko penyakit jantung.

Badam bukan saja makanan berkhasiat untuk dimakan, tetapi boleh dijadikan ramuan berkesan untuk membantu menganjal dan mencantikkan susuk badan.

Dalam penemuan dan inovasi terbarunya, L’Occitane mendapati satu ramuan aktif baru yang terdapat dalam putik badam mengandungi pekatan yang boleh meningkatkan tindakan membentuk dan mencantikkan susuk badan. Ia kaya dengan flavonoid yang diketahui dapat merangsang peredaran mikro dan seterusnya membantu membaiki saliran dan menghapuskan selulit.


Almond Body Care baru jenama ini turut dirumus dengan ekstrak putik badam. Sebagai jenama yang menyokong sepenuhnya usaha melestarikan alam sekitar, jenama ini hanya mendapatkan bekalan badam daripada pengeluar di selatan Perancis untuk memastikan kesinambungan tradisi dan landskap Provence.

Rahsia L’Occitane Almond Body Care terletak pada kombinasi semua ramuan sangat aktif yang diperoleh daripada pokok badam di Provence. Minyak badam bersifat menyuburkan, susu badam pula melembutkan kulit manakala protein badam melicinkan dan memejalkan kulit.

Ekstrak badam pula menegang dan mencantikkan manakala serbuk kulit badam melulur dan melicinkan kulit.

Menerusi rangkaian ini, disediakan Delightful Shape dan Elegant Legs untuk pilihan pengguna. Delightful Shape berharga RM165 ini menyediakan tekstur gel yang segar dan lembut dengan bau menyenangkan.

Ia dihasilkan daripada protein badam, silicium dan minyak pati immortelle, pudina dan palmarosa yang kini dipertingkatkan dengan putik pokok badam dan kafein semula jadi.

Elegant Legs berharga RM78 pula dirumus dengan ekstrak putik badam, berangan kuda dan minyak pati cypress yang mencergaskan dan meningkatkan pengedaran mikro manakala mentol memberi kesegaran serta-merta dan tahan lama.

Reka bentuk botol yang praktikal membolehkan Elegant Legs baru digunakan dengan mudah dalam pelbagai kedudukan. Ia boleh digunakan apabila ingin menyegarkan kulit di kaki lima kafe atau di mana-mana saja kerana ia boleh disembur terus pada kulit atau ke atas stokin.

Lebih penting, ia juga boleh diselitkan ke dalam beg tangan. Jika mahukan rasa kedinginan luar biasa, simpan produk ini di dalam peti sejuk.

p/s: coklat buah badam sedapnyaaaaaaa huuuuuuuuuu^-^

No comments:

jom2 kita pegi pulau naminara ae amek tiket kat sini tuing3~~^-^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...