si cantik n si ensem saya ^-^

boleh like nuru kat sini tuing3 ^-^

ini nuru!!! heeee ^-^

Saturday, 29 October 2011

rahsia dan amalan 99 nama ALLAH~~2, 3, 4

assalamualaikum dan selamat malam semua..dah tido lom nih? eh jangan tido lagi, meh baca ni dulu..pastu baru korang leh tido dengan tenangnya hahahha...ekceli nih sambungan kepada entry yang lepas rahsia dan amalan 99 nama Allah...untuk entry nih aku nak share name Allah yang ke-2, 3 dan 4...sape yang tak baca lagi name Allah yang pertama klik label nama Allah kat bawah tu ye...and so selamat beramal heeee =)


nama Allah yang ke-2

menghilangkan sifat pelupa

AR-RAHMAN

Maha Pemurah. pemberi nikmat kepada hambaNya dan Maha Pengasih ke atas mereka dalam kehidupan dunia.

fadilat membacanya:

  • sesiapa yang membaca YA RAHMAN sebanyak 100 kali setiap selesai mengerjakan solat fardu, insyaAllah akan hilang daripadanya sifat lalai dan pelupa
  • membaca selepas solat fardu sebanyak 100 kali, insyaAllah dia mempunyai ingatan yang baik dan mempunyai hati yang pemurah


nama Allah yang ke-3

supaya di sayangi orang

AR-RAHIM

Maha Penyayang. pengurnia kenikmatan dan Maha Penyayang ke atas hamba hambaNya di alam akhirat

fadilat serta khasiat mengamalkannya:
  • sesiapa yang membaca YA RAHIM sebanyak 100 kali setiap hari, insyaAllah akan dilembutkan hatinya dan wujud perasaan kasih sayang sesama makhluk
  • membaca selepas fardu subuh setiap hari sebanyak 100 kali, insyaAllah semua orang akn menyayangi dan menyukainya


nama Allah yang ke-4

membuka pintu rezeki

AL-MALIK

Maha Merajai. mengatur kerajaanNya sesuai dengan kehendakNya

fadilat membaca dan mengamalkannya:

  • sesiapa yang selalu menyebut YA MALIK, bila bila masa,maka dia akan dihormati dan menerima layanan yang sewajarnya dari orang lain
  • menyebutnya sebanyak 121 kali setiap hari setelah terbit fajar atau setelah tergelincir matahari, insyaAllah dia akan dikayakan dengan sebab atau dengan pintu yang dibukakan Allah S.W.T untuknya


ok...tu je yang aku nak share malam nih..tunggu sambungannya ye...hehehehe k baiii


p/s: malam nih mitak mitak mimpi indah hahahha


                                                

2 comments:

Yang Ikhlas said...

Insyaallah akan diamalkan....;p

Pn. Sheila said...

nice entry hanx for sharing :-)

jom2 kita pegi pulau naminara ae amek tiket kat sini tuing3~~^-^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...