si cantik n si ensem saya ^-^

boleh like nuru kat sini tuing3 ^-^

ini nuru!!! heeee ^-^

Friday, 7 October 2011

kisah cinta sang langit dan sang laut ^-^

assalamualaikum...haiichummm ehemm terbersin pulak..maap maap heehehe..erm hari ni baru ade masa nak update entry nih..korang baca tajuk kat atas ye haha...dah berkurun simpan cerita nih dalam otak dan sekarang baru lah boleh luah kan, al maklom lah sibok la katakan haha

cerita kisah cinta sang langit dan sang laut nih di sampaikan penuh gaya mutu keunggulan oleh My Encik Bintang (MEB) di malam yang mendung gelap gulita, angin sepoi sepoi bahasa di atas menara perhampiran jeti kuala perlis, bersaksikan bulan yang segan segan nak keluar, bintang memang langsung takde, matahari pon takde, eh memang la takde sebab dah malam hehe naseb baik encik bintang  ade, bersinar and semangat cikit nak amik feeling dengar cerita cinta nih hikhikhik =P ok dah jangan nak gedik sangat..ngeee ^^'

ok di mulakan bila aku dengan dia dua dua mengadap ke laut melihat langit yang gelap dan ombak yang memukul pantai di temani dua orang pelancong tempatan yang amik gambar tak jadi jadi..sempat gak la berkenalan dengan diaorang, sorang name ayie sorang name fizah eh, macam penah dengar la name tu miahahaha ok korang berdua dok diam diam kat belakang jangan sebok aku nak feeling feeling dengan MEB nih hahaha

kisah cinta agung langit dan laut =)


cinta yang agung sebenarnya bukan la cinta romeo dan juliet atau laila dan majnun, tapi cinta yang agung adelah cinta sang langit dan sang laut yang kekal sepanjang hayat di dunia nih.. tak penah terputus sehingga la dunia nih hancur..cinta sang langit dan sang laut tetap utuh..sang langit yang sentiasa memberikan cahaya kebiruan kepada sang laut menjadi kan mereka sama di mata manusia, berwarna biru, terbentang luas dan tenang bila memandang ke arah mereka.

seperti pasangan manusia yang bercinta pasti ade halangan dalam bercinta begitu juga sang langit dan sang laut. cinta mereka di halangan oleh sang awan yang menutup pandangan sang langit dan sang laut yang sedang bermadu kasih. oleh kerana itu lah kilat memancar menggerunkan manusia untuk menunjukkan kesedihan sang langit dan ombak ganas menghempas ke pantai untuk menunjukkan kesedihan sang laut kerana tidak dapat melihat kekasih hatinya..

di saat semua tu terjadi setiap makhluk ciptaan Tuhan berdoa agar cinta sang langit dan sang laut jangan di halang lagi. maka datang sang angin menolong pasangan kekasih sejati ni dengan menghembuskan tiupan yang kuat dan keras sehingga sang awan berpecah pecah berselerakan dan menangislah sang awan kesedihan dengan turunnya sang hujan yang lebat...sang awan terpaksa redha dan membiarkan mereka bersama dan selalu berdoa moga sang langit dan sang laut berbahagia, oleh itu, langit cerah kembali, ombak laut memukul tenang ke pantai. dunia menjadi aman semula dengan sinaran cinta mereka. setiap mahkluk ciptaan Tuhan tersenyum gembira.

sang laut meluahkan rasa cinta nya kepada sang langit dengan menyatakan "aku cinta padamu" setiap hari sebab tu lah kita sentiasa gembira melihat matahari terbenam di kaki langit berwarna merah. sang langit shy shy mendengar luahan rasa cinta tu..kira nya cam blushing blushing la sebab tu sunset tu wane merah..langit malu malu hikhikhikhik ^-^ 

hingga sekarang, kasih antara sang langit dan sang laut tidak dapat di pisahkan. kita juga dapat melihat mereka berkasih setiap kali memandang ke hujung laut di mana garisan horizon yang menemukan sang langit dan sang laut menandakan mereka sedang berdating hehehe semoga cinta sang langit dan sang laut sentiasa kukuh tanpa sebarang halangan..aku pun harap aku akan peroleh cinta seperti sang langit dan sang laut =)

ok dah sampai situ je ceritanya yang aku olah balik dalam bentuk penulisan hihihi...masa MEB cerita nih aku tersenyum sendiri dan berangan ntah kemana mana je aku nih haha tapi best sangat..thanks ye MEB untuk kisah cinta nih...akhirnya penantian nak dengar cerita nih berakhir..walaupun tak dapat tengok sunset,tengok MEB yang sentiasa bersinar di hati kira ok la kan?hahaha jiwang karat betoi ^^,Y


p/s:  "langit gelap, bulan suram, tapi aku tetap nampak bintang yang bersinar, kamoo nampak tak? hehe ;)"


                                            

2 comments:

Far8 budak baik said...

alololololo
x romantik langusng..
hahahahaha!
akak jom dating kat pantai..
haha!

nuruhuda_329 said...

hahaha...jom3..pantai kat sabah ae..cantik n romentik cikit huahuahua =P

jom2 kita pegi pulau naminara ae amek tiket kat sini tuing3~~^-^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...