bila jemari lembut menekan keyboard^-^
ni tempat yg aku nk g sgt2..aku harap aku dpt pegi suatu hari nanti..AMINNN :) jom baca serba sedikit perihal pulau idaman aku nih..atau pon name glemer dia sonata pulau cinta hihihihihi ^-^
Sonata Pulau Cinta
Pernah jadi lokasi drama percintaan popular Korea, 'Winter Sonata' sehingga terkenal di seluruh duniaSAAT romantis Kang Joon-sang membonceng basikal ditunggang Yu-jin menyusuri denai kecil cukup membahagiakan, begitu juga ketika pasangan itu membina patung salji dalam suasana penuh mesra.
Itu antara adegan cukup membuai perasaan yang mungkin masih diingat peminat setia drama popular Korea, ‘Winter Sonata’ terbitan 2002 yang menjadi fenomena di kaca televisyen negara kita beberapa tahun lalu.
Kekuatan kisah itu bagaikan besi berani menarik kunjungan ke Pulau Nami, lokasi penggambaran cinta dua watak dilakonkan Bae Yong Jun dan Choi Ji Woo yang dipaparkan dalam sisi cukup cantik.
Pulau Nami, mungkin sebelumnya hanya dikenali rakyat negara ginseng itu atau penduduk berdekatan, tetapi penangan Winter Sonata membuatkan pulau kecil berkenaan terkenal di kalangan peminat drama bersiri itu di seluruh dunia.
Walaupun tidak mengikuti drama percintaan itu, kita dapat melihat riak muka pelancong yang mungkin mengikuti sepenuhnya perjalanan hasil karya berkenaan, cukup teruja tatkala menjejaki sisa cinta ditinggalkan Joon-sang dan Yu-jin.
Pulau tanpa penduduk itu terletak di tengah-tengah Sungai Han dan ia yang berfungsi semata-mata bagi tujuan pelancongan dikatakan milik orang perseorangan, bukan kerajaan Korea.
Setiba di Pelabuhan Gapyeong, perjalanan perlu diteruskan menaiki feri menyeberangi Sungai Han yang mengambil masa kira-kira lima minit. Ferinya amat unik apabila dihiasi bendera negara di dunia yang pelbagai rupa dan corak.
Kibaran bendera pelbagai negara itu sesuai dengan slogan pulau berkenaan ‘Di Naminara (Republik Negara Nami), kita semua bersaudara’.
Saat feri ‘merempuh’ apungan ais, wajah penumpang yang meminati Winter Sonata bagaikan tidak sabar-sabar untuk menjejak kaki di pulau cinta, saksi perjalanan hubungan dua hati yang penuh syahdu dalam drama berkenaan.
kunjungan ke pulau kecil itu kala masih dilitupi salji, kurang menyeronokkan kerana persekitaran yang berair, berubah kaku membeku. Khabarnya Waktu terbaik dan paling romantis ke sini pada musim bunga kerana keindahannya terserlah.
Pulau Nami boleh dikatakan ‘kosong’ kerana tarikan ke sana hanyalah disebabkan drama bersiri itu dan kisah percintaannya. Di sini pengunjung boleh memilih menaiki kereta api, kereta atau basikal untuk meneroka keindahan persekitaran.
Laluan digunakan Joon-sang dan Yu-jin untuk memadu kasih menjadi keutamaan untuk merakam gambar kenangan dan sememangnya laluan itu menjadi fokus lensa kamera sebahagian besar pengunjung pulau ini.
Poster besar kedua-dua pelakon utama Winter Sonata juga menjadi kegilaan dan sasaran pengunjung merakam gambar kenangan. Bagi peminat setia drama popular itu, kunjungan ke Pulau Nami memberi kepuasan tidak terhingga kerana setiap langkah pelakonnya bagai boleh dirasa.
Menariknya pulau ini ialah kerana ilham seninya yang terserlah, bermula dari patung hingga hiasan yang banyak dihasilkan daripada barang terpakai, sesuai dengan dengan moto Pulau Nami, ‘Budaya, Alam, dan Pemeliharaan Lingkungan Hidup’.
Ratusan pokok memenuhi buminya dan difahamkan ia ditanam Pyong Do Minn pada 1965 sehingga seluruh jalan dihiasi pokok di sepanjang kiri dan kanannya.
Di tengah-tengah pulau, ada padang rumput luas menempatkan pusat latihan dan pendidikan, tapak perkhemahan, kolam renang, kemudahan sukan air, taman tema, lapang sasar, gelanggang kasut roda dan kemudahan penginapan.
Satu lagi perkara menarik mengenai Pulau Nami ialah tiada sebatang pun tiang telefon di situ kerana semua kerja pendawaian dilakukan di bawah tanah untuk memelihara alam semula jadi.
Kisah cinta Joon-sang dan Yu-jin lebih ditonjolkan dan sejak drama itu ditayangkan di banyak negara termasuk Malaysia, Korean Tourism Organization (KTO) melaporkan jutaan pengunjung menjejak kaki di Pulau Nami setiap tahun. Sebenarnya ‘kehangatan’ Winter Sonata merebak ke banyak tempat di Korea Selatan termasuk Yong Pyong Ski Resort yang menyediakan replika restoran lokasi penggambaran Joon-sang dan Yu-jin menikmati makan malam romantis dalam drama berkenaan. INFO: Pulau Nami Kira-kira 63 kilometer atau dua jam perjalanan dari Seoul Keluasan sekitar 460,000 meter persegi dan kelilingnya sekitar lima kilometer. Memiliki lebih 300 spesis pokok pelbagai jenis p/s: pulau nami tggu kedatangan akuu!!!!! |
No comments:
Post a Comment