bila jemari lembut menekan keyboard^-^
Pernah x baca kisah pasangan kekasih yang terpisah bertahun lamanya, kemudian ditakdirkan bertemu kembali. walau dalam tempoh perpisahan itu, mereka telah pun mempunyai pengganti. namun 'jodoh' mereka dengan pasangan mereka tidak kuat lantas berlakulah perpisahan. Kemudian mereka bertemu dengan kekasih lama mereka dan kembali terpaut kerana perasaan sayang, cinta dan rindu itu sebenarnya masih berbekas di hati. itulah dinamakan TAKDIR PENENTU SEGALANYA^-^.
Pernah x baca kisah pasangan kekasih yang terpisah bertahun lamanya, kemudian ditakdirkan bertemu kembali. walau dalam tempoh perpisahan itu, mereka telah pun mempunyai pengganti. namun 'jodoh' mereka dengan pasangan mereka tidak kuat lantas berlakulah perpisahan. Kemudian mereka bertemu dengan kekasih lama mereka dan kembali terpaut kerana perasaan sayang, cinta dan rindu itu sebenarnya masih berbekas di hati. itulah dinamakan TAKDIR PENENTU SEGALANYA^-^.
Itu antara ceritera sejenak mengenai cinta yang dahulunya hilang dari pandangan hati, namun kembali menyapa ruang kalbu sebelum ia terus menjadi milik abadi. Alangkah indahnya jika kita berjaya mendakap kembali cinta yang hilang....
Dalam cinta ada pelbagai jenis badai boleh melanda. Andai rasa hati tidak kuat, bahtera cinta yang sedang belayar di lautan asmara pun boleh karam. Oleh itu, biar pun sekuat mana badai melanda, perasaan cinta, kasih dan sayang harusnya sukar untuk tergugat. Benar, dalam cinta kita bakal dihujani ujian yang mampu menganggu gugat perasaan dan hati kita sendiri. namun jika kita sering berfikiran optimis dan positif terhadap badai yang melanda, pasti kebarangkalian untuk terlepas dari cinta yang kita genggam itu berada pada tahap yang minima.
Namun...ada yang mengatakan, lepaskan dia jika benar kita mencintainya, kerana dia layak untuk meraih rasa bahagianya sendiri. jika dia memang untuk kita, pasti takdir akan mengembalikan dia kepada kita. Namun jika sebaliknya yang berlaku, redhalah...sudah menjadi ketentuan, dia bukan tercipta untuk kita.
Kisah seterusnya, tidak semua orang berani meluahkan rasa cinta. lebih senang memendam rasa bimbang perasaan cinta itu bakal ditolak. Tetapi, TANPA KEBERANIAN, MIMPI TAK AKAN JADI KENYATAAN. maka kita harus berfikiran positif dan optimis untuk mencuba..mane tahu mungkin percubaan itu membuahkan hasil....^-^ Tapi bagaimana jika gagal? Percayalah ada cinta yang lain untuk kita atau mungkin belum masanya untuk kita memilikinya. Bersabarlah atau kita harus mencari cinta yang lain.
Renung sejenak pepatah inggeris ini :-
"life is worth living, there is love in pretty much everyones life if you pay attention. and don't forget to let those you love know that you love them...and let them know often!"
Ada kenyataannya, kerana dengan membiarkan orang yang kita cintai itu tahu akan perasaan kita, ia sangat berbaloi-baloi. Ingatkan si dia sentiasa bahawasanya cinta kita terhadapnya semakin mekar dari sehari ke sehari. Pasti si dia sangat menghargainya dan tidak ada alasan untuk dirinya berpaling dari kita kecuali disebabkan oleh takdir.
Ingat perkara ini, cinta terlalu unik untuk dimengertikan. jika kita sudah berda dalam cinta, secara automatiknya kita akan tahu bagaimana hendak menghidupkannya. Maka, jika cinta itu benar milik kita, seharusnya kita tahu bagaimana hendak mewarnai cinta itu. Walau bagaimanapun jangan sesekali berhenti berharap dari memburu cinta jika kita mahukannya. Jika berjaya mendakapnya, genggamlah ia sebaiknya. KERANA CINTA ADALAH ANUGERAH DARI TUHAN YANG TERINDAH BUAT KITA ^-^
No comments:
Post a Comment