si cantik n si ensem saya ^-^

boleh like nuru kat sini tuing3 ^-^

ini nuru!!! heeee ^-^

Tuesday, 12 March 2013

(1) Rentetan, kronologi dan kenangan kisah cinta Arwah Musa bin Ahmad

Assalamualaikum.....

Sebelom panjang perjalanan kisah entry ni boleh la kiranya, readers and bloggers semua sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Musa Bin Ahmad..

Al-Fatihah....

Aminnnn...

Lama sungguh aku tinggalkan dunia blogspot ni, setahun menghilang dan kini aku meneruskan kembali penulisan ku di laman sesawang ni...kepada yang dulu mengikuti perkembangan blog aku, pasti akan tahu kisah-kisah yang aku paparkan di blog aku..kisah hidup, kisah cinta dan segalanya..dan kini aku menulis tentang kisah kehilangan yang berat bagi aku untuk terima kenyataan hidup yang sudah tersurat...kehilangan Musa bin Ahmad @ My Encik Bintang (MEB)...

Tanggal 13 January 2013, satu tarikh yang akan segar dalam ingatan, dan juga hari gelap bagi ku pemergian insan yang disayangi, dicintai dan dikasihi..Ya Allah, berat sungguh dugaan Mu, hingga aku jatuh bersujud pada Mu..maha besar kuasa Mu Ya Allah...

:::Rentetan hari-hari terakhir:::

Pembukaan tahun baru 2013 di buka dengan kisah sedeh yang akan sentiasa menyelubungi hidup ku hingga akhir hayat ini..kehilangan insan yang teramat dicintai, insan yang menjadi sebahagian dari hidup aku, insan yang sama-sama merancang untuk membina masjid..bagaimana aku nak teruskan hidup ini tanpa dia di sisi ku selamanya..segala yang dirancang musnah sekelip mata..aku redha, perancangan Allah lebeh baik dan Allah lebeh sayangkan dia menjemputnya pergi terlebih dahulu...

Setahun kami bersama, ke tempat kerja yang sama, makan bersama, tiada sehari pun terpisah, perancangan untuk hidup bersama dirancang dengan penuh kegembiraan, tak sabar menunggu hari bersejarah itu, seminggu terpisah after dia dapat tukar kerja ke negeri kelahirannya Johor, memulakan kerja di tempat barunya pada 7 january..hati kami meruntun kerinduan, tapi perlu kuat kerana memikirkan masa depan yang cerah, dia berkorban berjauhan demi masa depan kami..

12 january, tak sabar rasanya menunggu ketibaannya untuk bertemu setelah seminggu tak bersua, tidak terdetik pon di hati ini bahawa ini pertemuan terakhir, yang ada hanya kegembiraan, kebahagiaan..awal pagi bangun menunggu ketibaannya, perancangannya nak ke majlis perkahwinan lecture kami di serdang..kedatangannya di sambut dengan senyuman yang tak putus, dia banyak bercerita, banyak bercakap sedangkan dia sebenarnya seorang yang pendiam..tapi tidak pada hari itu..lain sangat, tapi aku tak syak apa-apa, hanya merasakan mungkin lame tak jumpa..so its ok..

Sehari bersama perlu dimanfaatkan sepenuhnya, nanti malam dia kena balik ke johor semula, so masa dipenuhkan dengan berjalan ke tempat kenangan kami, putrajaya..makan-makan, amik gambar dan sebagainya..malam menjelma, rasa sedeh sebab kena berjauhan dengan dia lagi, lambat lagi nak jumpa balik, pukul 9 dia hantar aku balik, dia hanya memerhati dan tersenyum memandang aku berjalan naik ke rumah hingga aku hilang dari pandangannya baru dia gerak balik, belom sempat aku masuk umah, baru keluar lift, dia dah call, then we all on call teman dia drive, dia cakap dia takot drive sorang sebab takde kete kat highway..

R&R pedas linggi destinasi terakhir dia berhenti untuk tido, dia pesan suruh kejotkan dia after setengah jam..then aku kejotkan, tapi tak dijawab, mungkin lena sangat tido nya, sehingga aku pon terlelap..pukul 5 pagi 13 january, aku di kejotkan dengan panggilan telefon, ingatkan dia yang call nak bagitau dah sampai, tapi call dari member rumah aku yang keje malam hari tu..

zeq: huda, dah tahu ke?
aku: tahu ape?
zeq: musa dah takde..
aku: musa pegi mana?
zeq: ...erm musa dah meninggal, excident pagi tadi
aku: betol ke zeq :'(?
zeq: betol huda....

Menggigil badan aku, air mata bercucuran jatuh tanpa henti, aku tengok fon maxis, memang banyak call yang masuk, aku tengok fon digi, ade satu message..menggigil aku bukak message tu, message terakhir dari dia pada pukul 2 pagi..kandungan message nya dia memanggil aku "sayang?" mungkin masa tu dia dah bangun dari tido dan dah gerak balik..pukul 3 lebeh dia excident di sempadan muar dan tangkak 1 kilometer sebelom exit pagoh..excident with lori hummm...

Dalam keadaan menggigil tu aku bersyukur sebab aku masih lagi mampu berfikir waras dan tak bertindak melulu, aku call ibunya tapi alongnya yang angkat, dannnn berita itu memang benar, menitis selaju mungkin air mata ini, long pon nangis sama, lagi meruntun jiwa ni mendengar tangisan long.. Ya Allah dugaan Mu..long betol ke longgggg? Ditambah pula dengan call dari kakak keduanya, ngah..mengsahihkan lagi berita ini..sungguh tenang suaranya walaupon di tahan, sendu itu tetap didengari..ngahhhhh, huda tak caya ngah!

Terasa bagai mimpi, aku titipkan kembali kenangan bersama semalam, Ya Allah baru semalam aku melihat senyumannya, baru semalam kami bergurau senda, bergelak ketawa bersama, semuanya baru semalam, pelbagai persoalan bermain di fikiran..kenapa dia? namun itu persoalan yang sia-sia, kerana kuasa Allah tiada mana-mana makhluk pon yang mampu menghalang..tidak cepat tidak pula lambat..aku redha dalam tangisan yang bercucuran! :'( sakitnya Ya Allah dugaan Mu ini...

Alhamdulillah, urusan aku ke sana dipermudahkan, ada kawan-kawan yang sudi menemani ke sana, perjalanan ke Kluang Johor, ditemani air mata tanpa henti mengalir, rasa tidak percaya masih ada di hati dan berharap dia masih hidup, namun harapan berkecai bila sampai di depan rumahnya..inilah realiti hidup yang terpaksa ditempuhi...

BENARRR...DIA SUDAH PERGI BERTEMU PENCIPTANYA...

B.....Nape B pergi dulu tinggalkan sayang? :'(

Sekujur tubuh yang kaku, berselimut putih di hadapan ku membuktikan segalanya...dunia berputar seketika, gelap, kaku tak bernafas, pelukan long, ibu dan ngah menghiris hati ku, tangisan mereka, adik dan saudara mara meruntun jiwa ku, mereka kehilangan anak, adik, abang dan saudara lelaki yang teramat disayangi mereka..Ya Allah luluh hati ini melihat ibu menciumnya berkali-kali..ibu cakap musa tido, dia nak pegi berehat..ibu mana yang sanggup melepaskan anaknya pergi buat selama-lamanya, tapi ibu sangat kuat, aku mengaguminya, kekuatan ibu lah yang menguatkan aku dan adik beradik yang lain :'(

Urusan pengkebumiannya berjalan lancar, tidak ada apa-apa yang menghalangi, Alhamdulillah Allah meredhainya..Syukur kepada Mu Ya Allah memudahkan urusan hamba-hamba Mu..yang paling aku terharu dan bersyukur sangat-sangat dapat melihat dia untuk terakhir kalinya, jasadnya dalam keadaan baik, takde cedera yang teruk, jika di lihat keadaan keretanya mungkin akan terpikir teruk keadaannya, tapi kuasa Allah kita tak tahu, keadaan jasadnya baik seperti tiada apa yang berlaku walaupun dia mgalami head injury, Alhamdulillah :')

13 March 2013 ni, genap dua bulan pemergiannya, ajal dan maut memisahkan kami, apa cara sekali pun  aku lakukan, tak mungkin dia kembali lagi, susah untuk aku terima kenyataan ini, tapi aku perlu kuat untuk menghadapi dugaan yang maha hebat ini..bertahun aku menunggu dia, bila bahagia menjelma, ajal pula yang memisahkan, Ya Allah aku redha walaupun sangat payah untuk aku lalui semua ini.. Syukur Allah memberi aku ruang dan peluang untuk bersamanya selama setahun..Alhamdulillah...jika aku sedeh, ibu dan adik beradiknya lagi sedeh kerana seminggu selepas pemergiannya, ayah nya pula pergi mengikuti jejaknya bertemu pencipta mereka..jadi aku tak boleh terlalu sedeh kerana masih ade insan yang lebeh sedeh lagi dari aku, yang lebeh menderita lagi dari aku..ibu, kakak-kakak, adik-adik dan saudara nya terlebeh sedeh lagi..

Kehilangan dia tiada gantinya, namun aku bahagia kerana dia menyintai ku hingga akhir hayatnya, tiada lagi ucapan kasih sayang, gurau senda, senyum tawa, dan segala yang indah tentang dirinya, yang ada hanyalah kenangan yang tak akan lupus dari ingatan yang menemani ku di dunia ini..

Kenapa aku mengambil masa dua bulan untuk menceritakan kembali kisah ini? kerana aku perlu mencari kekuatan untuk menulis kisah sedeh ini..tiada siapa yang mahu mengalami kisah sedeh sebegini, tapi kita sebagai manusia tak akan lari dari kematian, setiap yang hidup pasti akan merasa mati, setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan..

B, sayang cinta, rindu, kasih and sayang kat B sangat-sangat...tapi B pegi dulu tinggalkan sayang, sayang redha B..semoga B tenang di sana..semoga Allah ampunkan dosa-dosa B, dan tempatkan B dikalangan orang-orang yang beriman, juga semoga kita ditemukan di akhirat kelak...Aminnn :')

Nafas terhenti seketika
Tertutup pintu bicara
Bagai sembilu sejuta
menghiris didada
sekujur tubuh mu kaku
berselimut putih salju
kaku mu terlena membisu
tiada senyum tiada tawa
tiada lagi segalanya
hanya kenangan bersama menemani di dunia
air mata mengiringi pemergian
tidurlah sayang doa cinta ku iringkan
semadikan cinta kita agar subur senantiasa
bersama di sisi ku di hati ku.....

Al-fatihah untuk mu...semoga tenang di sana :')

p/s: kelukaan dan derita hati ku tiada apa yang boleh mengubatinya..hanya Allah saja yang tahu segalanya....rindu yang tak tertanggung lagi, tiada sape yang mengerti, tiada siapa yang amik tahu..hanya Allah tempat mengadu..semoga kesedihan berunsur hilang, walaupun hakikatnya ia tak akan pernah padam sehingga mata terpejam..... :'(

jom2 kita pegi pulau naminara ae amek tiket kat sini tuing3~~^-^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...