si cantik n si ensem saya ^-^

boleh like nuru kat sini tuing3 ^-^

ini nuru!!! heeee ^-^

Showing posts with label nama ALLAH. Show all posts
Showing posts with label nama ALLAH. Show all posts

Saturday, 29 October 2011

rahsia dan amalan 99 nama ALLAH~~2, 3, 4

assalamualaikum dan selamat malam semua..dah tido lom nih? eh jangan tido lagi, meh baca ni dulu..pastu baru korang leh tido dengan tenangnya hahahha...ekceli nih sambungan kepada entry yang lepas rahsia dan amalan 99 nama Allah...untuk entry nih aku nak share name Allah yang ke-2, 3 dan 4...sape yang tak baca lagi name Allah yang pertama klik label nama Allah kat bawah tu ye...and so selamat beramal heeee =)


nama Allah yang ke-2

menghilangkan sifat pelupa

AR-RAHMAN

Maha Pemurah. pemberi nikmat kepada hambaNya dan Maha Pengasih ke atas mereka dalam kehidupan dunia.

fadilat membacanya:

  • sesiapa yang membaca YA RAHMAN sebanyak 100 kali setiap selesai mengerjakan solat fardu, insyaAllah akan hilang daripadanya sifat lalai dan pelupa
  • membaca selepas solat fardu sebanyak 100 kali, insyaAllah dia mempunyai ingatan yang baik dan mempunyai hati yang pemurah


nama Allah yang ke-3

supaya di sayangi orang

AR-RAHIM

Maha Penyayang. pengurnia kenikmatan dan Maha Penyayang ke atas hamba hambaNya di alam akhirat

fadilat serta khasiat mengamalkannya:
  • sesiapa yang membaca YA RAHIM sebanyak 100 kali setiap hari, insyaAllah akan dilembutkan hatinya dan wujud perasaan kasih sayang sesama makhluk
  • membaca selepas fardu subuh setiap hari sebanyak 100 kali, insyaAllah semua orang akn menyayangi dan menyukainya


nama Allah yang ke-4

membuka pintu rezeki

AL-MALIK

Maha Merajai. mengatur kerajaanNya sesuai dengan kehendakNya

fadilat membaca dan mengamalkannya:

  • sesiapa yang selalu menyebut YA MALIK, bila bila masa,maka dia akan dihormati dan menerima layanan yang sewajarnya dari orang lain
  • menyebutnya sebanyak 121 kali setiap hari setelah terbit fajar atau setelah tergelincir matahari, insyaAllah dia akan dikayakan dengan sebab atau dengan pintu yang dibukakan Allah S.W.T untuknya


ok...tu je yang aku nak share malam nih..tunggu sambungannya ye...hehehehe k baiii


p/s: malam nih mitak mitak mimpi indah hahahha


                                                

Friday, 28 October 2011

rahsia dan amalan 99 nama ALLAH~~1

assalamualaikum korang hehehe...okeh nampak tajuk entry? ehemm islamik cikit ye...al maklom lah kita nih dah semakin tua bukan semakin muda, so kena lah rapat rapatkan diri dengan Pencipta..ye dak? hehe =)

okeh, ape yang aku nak kongsi kan dengan korang ni ialah ape yang aku baca and amal kan sekarang, iaitu amalan 99 nama Allah...tapi aku takde lah nak terus tulis 99 nama Allah nih..aku nak buat berepisod..boley trima? hehehe...kang banyak banyak kang korang bukan nak baca..so aku buat cikit cikit..pas baca leh korang terus hafal and amalkannya sebab aku berpegang teguh pada prinsip sharing is caring hehehe =.="


(supaya tercapai apa yang dicita-citakan)


nama Allah yang pertama:

ALLAH



Yang mencipta sekalian makhluk dari tiada menjadi ada. 

fadhilat atau khasiat mengamalkan atau membaca YA ALLAH ialah:

  • membaca sebanyak 5000 kali setiap malam, selama satu bulan deangan hati yang khusyuk dan tawaduk, insyaAllah apa yang dihajtkan akan tercapai.
  • membaca sebanyak 5000 kali dan dibacanya setiap hari, insyaAllah datang kepadanya rezeki dari pelbagai penjuru.
  • membaca sebanyak 66 kali selepas selesai mengerjakan solat fardu, selama 66 hari insyaAllah namanya harum dan dia mendapat kebaikan yang banyak. lebih baik jika diamalkan setiap hari.
  • sesiapa yang membaca YA ALLAH YA HAYYU sebanyak 1000 kali setiap hari insyaAllah akan mendapat keyakinan yang sempurna.
  • sesiapa yang menbaca YA ALLAH YA HAYYU sebanyak 100 kali pada setiap hari jumaat, sebelom mengerjakan solat jumaat dalam keadaan suci daripada hadas dan najis serta dibacanya dengan khusyuk insyaAllah dimudahkan baginya segala yang dituntut dan yang diperjuangkannya.


okeh ni je dulu..tunggu yang seterusnya ye..ade 98 lagi nama Allah..keep in touch hahaha ok baii =)



p/s: bumi sudah tua......!


                                                

jom2 kita pegi pulau naminara ae amek tiket kat sini tuing3~~^-^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...