si cantik n si ensem saya ^-^

boleh like nuru kat sini tuing3 ^-^

ini nuru!!! heeee ^-^

Sunday, 5 June 2011

my target..kete..DSLR...umah besar ihik3 ^^,Y

bila jemari lembut menekan keyboard^-^

uyea3..arinih mood nk berblog sgt melimpah ruah ye hahahaha..tp ntah pape je yg aku post hihihi..blog nih sume kisah yg terjadi d sekeliling aku n sume kisah aku hihihihi..so korang jgn nk kompius kan diri bl aku asik bcerita kisah aku je..abis tu xkan nk cerita kisah korang plak kn..x ke pelik namanya tu hua3  aku dh nk start melalut la nih..sbelom aku melalut dgn lebih pjg ag, baik kita ke acara yg seterusnya?? acara ape??eh..silap2 hihihi kita ke kisah entri aku yg ni ye..

seperti tajuk entri aku tu, so kisahnya sal tu la ye..xkan sal lain plak kn??hihihi so, kita dalam hdp sti ade targetkan??sti korang ade nk capai pape dlm hdp..so aku pon ade, sbb aku pon manusia cam korang jugak..beza rupe paras, hati budi je hahahhaa mungkin rupe paras aku comel cikit n hati budi aku baik cikit dr korang hahaha opsss terlebey sudaaaaa..ok3 fokus2...

seperti tajok yg korang bc masa mula2 tgok entri nih, aku ade target aku..ni jugak merangkap aset yg aku nk dapat kan bila aku dpt keje nti ( bila ntah nk dptnya) aku nk beli kete idaman aku...mungkin korang kete idaman korang sti kete yg mahal2, kete sport ke, kete mewah2 ke..tp aku kete idaman aku buat masa nih aku nk kete MYVI...hihihihi sbb ape aku minat myvi??sbb dia comel cam aku hik3 n sesuai tok org2 yg comel cam aku jeq kakakkaa (sebenarnya aku takot nk bwk kete besar2 huhuhuhu) aku penah excident..so sampai skrg masih fobia..takut gak nk bwk kete nti..lesen dh ade..tp kete takot nk bwk..adeiiii sbb tu la aku nk beli kete kecik je..kang beli yg besar2 kang kalo pape jd..rugi oooooo hihihi

tadaaaaa my myvi idaman..tp aku nk wane putih..wane nih pilihan kedua hihihihi
ok tu cite target aku yg pertama...yg kedua lak..aku nk kamera DSLR..aku nak sgt2..sape nk tolong belikan???sti la aku..xkan korang lak kan hihihi...aku nih mmg minat bergambar,amik gambar n sume2 lah yg bkaitan dgn gambar hihihi..ntah la..aku nih mmg minat lah dlm bab2 nih..so kalo boleh nk ade DSLR sendiri..x kisah la D90 ke, D7000 ke,,asal kan DSLR huhuhuhu bila dh ade sendiri pye..bru lah bangga hihihi xde la pkai kamera nfon dh huhuk3 sedey je bunyi kn...hihihi aku akan dapatkan jugak DSLR..pasti hihihihi

ni DSLR D90..tp aku x kisah yg mane2 pon asal kan DSLR huhuhu nak jugakkkk
seterusnya....my target nk beli umah..sume org sti nk umah kn??korang nk x??kalo xnak korang di istiharkan tidak normal hahhaha...umah idaman aku sti la besar..bab2 umah aku demand cikit..aku nk umah banglo..dpt umah banglo cam yusof haslam pon ok gak..wah3 kaye bebeno la aku kn hahhaha kawen ngn anak dato' pon lom tentu dpt umah cam tu...tp kalo kawen ngn anak yusof haslam si shamsul yusof tu insyaAllah dpt kot hahhahahahaa..perasaan gile aku nih hik3...ermmm tu lah citenya aku nk umah besar..sbb umahkan tempat bteduh n kita nk dok ctu lame, sampai mati..so kena besar2 cikit huhuhu

ni contoh umah yg aku nk..lebey kurang camni lah..tp kalo bley ag cun dari nih la hahhaha

p/s: korang sume doakan nuru dapat sume nih ye...aminnnn :)

Friday, 3 June 2011

nak pegi pulau nami kt korea tu huk3 :(

bila jemari lembut menekan keyboard^-^

ni tempat yg aku nk g sgt2..aku harap aku dpt pegi suatu hari nanti..AMINNN :) jom baca serba sedikit perihal pulau idaman aku nih..atau pon name glemer dia sonata pulau cinta hihihihihi ^-^


Sonata Pulau Cinta
Pernah jadi lokasi drama percintaan popular Korea, 'Winter Sonata' sehingga terkenal di seluruh dunia


SAAT romantis Kang Joon-sang membonceng basikal ditunggang Yu-jin menyusuri denai kecil cukup membahagiakan, begitu juga ketika pasangan itu membina patung salji dalam suasana penuh mesra. 

Itu antara adegan cukup membuai perasaan yang mungkin masih diingat peminat setia drama popular Korea, ‘Winter Sonata’ terbitan 2002 yang menjadi fenomena di kaca televisyen negara kita beberapa tahun lalu.

Kekuatan kisah itu bagaikan besi berani menarik kunjungan ke Pulau Nami, lokasi penggambaran cinta dua watak dilakonkan Bae Yong Jun dan Choi Ji Woo yang dipaparkan dalam sisi cukup cantik.

Pulau Nami, mungkin sebelumnya hanya dikenali rakyat negara ginseng itu atau penduduk berdekatan, tetapi penangan Winter Sonata membuatkan pulau kecil berkenaan terkenal di kalangan peminat drama bersiri itu di seluruh dunia.

 Walaupun tidak mengikuti drama percintaan itu, kita dapat melihat riak muka pelancong yang mungkin mengikuti sepenuhnya perjalanan hasil karya berkenaan, cukup teruja tatkala menjejaki sisa cinta ditinggalkan Joon-sang dan Yu-jin.

Pulau tanpa penduduk itu terletak di tengah-tengah Sungai Han dan ia yang berfungsi semata-mata bagi tujuan pelancongan dikatakan milik orang perseorangan, bukan kerajaan Korea. 



 Setiba di Pelabuhan Gapyeong, perjalanan perlu diteruskan menaiki feri   menyeberangi Sungai Han yang mengambil masa kira-kira lima minit. Ferinya amat unik apabila dihiasi bendera negara di dunia yang pelbagai rupa dan corak.

Kibaran bendera pelbagai negara itu sesuai dengan slogan pulau berkenaan ‘Di Naminara (Republik Negara Nami), kita semua bersaudara’.

Saat feri ‘merempuh’ apungan ais, wajah penumpang yang meminati Winter Sonata bagaikan tidak sabar-sabar untuk menjejak kaki di pulau cinta, saksi perjalanan hubungan dua hati yang penuh syahdu dalam drama berkenaan. 


kunjungan ke pulau kecil itu kala masih dilitupi salji, kurang   menyeronokkan kerana persekitaran yang berair, berubah kaku membeku. Khabarnya Waktu terbaik dan paling romantis ke sini pada musim bunga kerana keindahannya terserlah.

Pulau Nami boleh dikatakan ‘kosong’ kerana tarikan ke sana hanyalah disebabkan drama bersiri itu dan kisah percintaannya. Di sini pengunjung boleh memilih menaiki kereta api, kereta atau basikal untuk meneroka keindahan persekitaran.

Laluan digunakan Joon-sang dan Yu-jin untuk memadu kasih menjadi keutamaan untuk merakam gambar kenangan dan sememangnya laluan itu menjadi fokus lensa kamera sebahagian besar pengunjung pulau ini. 
Poster besar kedua-dua pelakon utama Winter Sonata juga menjadi kegilaan dan sasaran pengunjung merakam gambar kenangan. Bagi peminat setia drama popular itu, kunjungan ke Pulau Nami memberi kepuasan tidak terhingga kerana setiap langkah pelakonnya bagai boleh dirasa. 


Menariknya pulau ini ialah kerana ilham seninya yang terserlah, bermula dari patung hingga hiasan yang banyak dihasilkan daripada barang terpakai, sesuai dengan dengan moto Pulau Nami, ‘Budaya, Alam, dan Pemeliharaan Lingkungan Hidup’.

Ratusan pokok memenuhi buminya dan difahamkan ia ditanam Pyong Do Minn pada 1965 sehingga seluruh jalan dihiasi pokok di sepanjang kiri dan kanannya. 
 Di tengah-tengah pulau, ada padang rumput luas menempatkan pusat latihan dan pendidikan, tapak perkhemahan, kolam renang, kemudahan sukan air, taman tema, lapang sasar, gelanggang kasut roda dan kemudahan penginapan. 

Satu lagi perkara menarik mengenai Pulau Nami ialah tiada sebatang pun tiang telefon di situ kerana semua kerja pendawaian dilakukan di bawah tanah untuk memelihara alam semula jadi.




 Ada juga Tasik Cheongpyeong yang amat sesuai untuk perkelahan keluarga, namun anda dilarang membawa bersama peralatan memasak demi memelihara keindahan alamnya. 
Pelancong juga boleh melawat beberapa ruang pameran seperti ‘anjung muzik’ dan ‘studio kraftangan’ serta makam Jeneral Nami, pahlawan muda zaman Dinasti Choseon yang mati pada usia 26 tahun, tetapi kesan sejarah itu bukan tarikan utama pulau berkenaan. 





Kisah cinta Joon-sang dan Yu-jin lebih ditonjolkan dan sejak drama itu ditayangkan di banyak negara termasuk Malaysia, Korean Tourism Organization (KTO) melaporkan jutaan pengunjung menjejak kaki di Pulau Nami setiap tahun.

Sebenarnya ‘kehangatan’ Winter Sonata merebak ke banyak tempat di Korea Selatan termasuk Yong Pyong Ski Resort yang menyediakan replika restoran lokasi penggambaran Joon-sang dan Yu-jin menikmati makan malam romantis dalam drama berkenaan.

INFO: Pulau Nami
  Kira-kira 63 kilometer atau dua jam perjalanan dari Seoul
  Keluasan sekitar 460,000 meter persegi dan kelilingnya sekitar lima kilometer. 
  Memiliki lebih 300 spesis pokok pelbagai jenis

p/s: pulau nami tggu kedatangan akuu!!!!!

jom2 kita pegi pulau naminara ae amek tiket kat sini tuing3~~^-^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...