si cantik n si ensem saya ^-^

boleh like nuru kat sini tuing3 ^-^

ini nuru!!! heeee ^-^

Sunday 4 August 2013

Jumpa "DIA" (Al-Fatihah untuk mu Sayang)


Assalamualaikum....

Permulaan cerita untuk entri ni, sudi-sudikanlah menyedekahkan Al-Fatihah buat DIA yang aku cintai.. Allahyarham Musa Bin Ahmad :')


Dah abis baca? Aminnnn..Terima Kaseh ye :')

Okeh, entri ni nak mengisahkan tentang kisah aku pergi jumpa DIA..Actually, ujung minggu lepas masa cuti Nuzul Al-Quran hari tu, aku telah selamat dengan jayanya membawa diri ke bumi Kluang, Johor..Dah lama tak jumpa DIA, Rindu sangat..jadinya aku dengan rindu yang sarat di dada pergilah menziarahi DIA di sana...sungguh tenang DIA bersemadi..Alhamdulillah...

Pagi pagi lagi aku dah bersiap dengan semangatnya nak pegi jumpa DIA, turut serta menziarahi DIA, cik puan ibu, cik puan ngah, cik puan long n encik tuan epi hehe...selalu kalau aku balik sana perkara ni menjadi acara wajid untuk kami..For this time menziarahi pusara DIA dan AYAH di awal pagi jumaat yang indah :')


Ni gambar aku and cik puan ibu di sisi pusara AYAH dan DIA..cik puan ngah yang snap kan dan aku suka dengan options yang cik puan ngah tulis kat fesbuk beliau yang berbunyi begini " Kesetiaan dan kasih sayang seorang isteri dan kekasih..Ya Allah semoga mereka tabah dan Kau kuatkanlah hati mereka..Aminn " huuuu love you ngah :')

Selepas ziarah puasara AYAH dan DIA, kitaorang pegi ziarah pusara saudara or dengan kata lain sepupu..dah lame tak menjenguk, then kitaorang bersih bersihkan sikit semak samun yang ada..rasa sedeh tu bertandang sedikit demi sedikit hummm



Tahun ni dah berbeza tidak lagi seperti tahun tahun yang lepas, hanya tinggal kenangan yang dapat membayang..namun hidup harus diteruskan..bersama semangat dari insan insan tersayang dan kekuatan hati yang dipinjamkan oleh Illahi.. Alhamdulillah hidup ni masih boleh diteruskan.. :')


Itu je nak cite..tunggu next entri ye..bye!


p/s: lagi tiga hari nak raya..aduhaiiiii macam takde feeling je nih humm


                                                     



No comments:

jom2 kita pegi pulau naminara ae amek tiket kat sini tuing3~~^-^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...